G3 bakal ke Pulau Pinang 27 Disember ini untuk meletakkan titik noktah pada zaman ‘kegemilangan’ Lim Kit Siang

Satu mesyuarat Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) Gagasan Tiga (G3) yang berlangsung lewat malam semalam memutuskan untuk membuat satu pendedahan besar berkenaan Bangsa DAP di Pulau Pinang hujung bulan ini.

Ketika ditemui semalam, Dato’ Azwanddin Hamzah, selaku penasihat tetap kehormat G3, memaklumkan bahawa barisan kepimpinan G3 akan berada di Pulau Pinang untuk 4 hari 3 malam bermuda 27hb Disember 2018 ini.

RJ Rithaudeen kemudiannya memberitahu bahawa G3 akan memaklumkan secara terperinci sebab utama Pulau Mutiara menjadi tumpuan pertama dalam siri jelajah gagasan tersebut.


AMPANG: Satu mesyuarat Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) Gagasan Tiga (G3) yang berlangsung lewat malam semalam memutuskan untuk membuat satu pendedahan besar berkenaan Bangsa DAP di Pulau Pinang hujung bulan ini.

Sebelum ini, Pengerusi G3, Raggie Jessy Rithaudeen, memaklumkan bahawa gagasan tersebut bakal melancarkan satu siri jelajah merangkumi beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia bagi menerangkan misi dan visi G3.




Menurut beliau, siri jelajah tersebut bakal bertumpu di utara dan akan bermula di Pulau Pinang, iaitu negeri yang dianggap umum sebagai pengkalan operasi strategik parti DAP.

Ketika ditemui semalam, Dato’ Azwanddin Hamzah, selaku penasihat tetap kehormat G3, memaklumkan bahawa barisan kepimpinan gagasan akan berada di Pulau Pinang untuk 4 hari 3 malam bermuda 27hb Disember 2018.

“Kita akan berada di sana untuk membuat satu pendedahan yang amat penting agar umat Islam akan maklum siapakah sebenarnya Bangsa DAP.

RJ Rithaudeen kemudiannya memberitahu bahawa G3 akan memaklumkan secara terperinci sebab utama Pulau Mutiara menjadi tumpuan pertama dalam siri jelajahnya.

“Sudah tiba masanya Bangsa DAP diberitahu siapakah G3 sebenarnya.

“Mereka perlu faham, dan akur, bahawa ketibaan kami di Pulau Pinang akan melambangkan penjajahan kami ke atas pengkalan operasi strategik mereka, dan sekaligus melumpuhkan kegiatan-kegiatan haram, anti-Islam dan evangelis mereka.

“Kami bakal meletakkan satu titik noktah pada zaman ‘kegemilangan’ Lim Kit Siang.”

Loading...

Menurut Azwanddin, G3 dijangka akan membuat beberapa pertemuan penting dengan NGO-NGO di utara dan mengadakan satu sidang akhbar di Pulau Pinang kelak.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...