G3 minta Mahathir segera berundur dalam himpunan keadilan buat Adib di Ipoh

Satu perjumpaan menuntut keadilan bagi Arwah Adib telahpun berlangsung sebentar tadi bertempat di Padang Besar Ipoh, Perak. 

Dalam teks ucapan Dato’ Azwanddin, beliau menekankan bahawa sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memecat Waytha Moorthy dengan kadar yang segera, beliau sendiri harus meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

RJ Rithaudeen pula memberi jaminan, bahawa bukan hanya G3 akan merubah lanskap politik tanahair menjelang pilihanraya umum ke 15, seandainya Bangsa DAP masih wujud pada ketika itu, G3 akan memastikan supaya bangsa tersebut lenyap buat selama-lamanya di muka bumi Melayu-Islam yang tercinta ini.


IPOH: Satu perjumpaan menuntut keadilan bagi Arwah Adib telahpun berlangsung sebentar tadi bertempat di Padang Besar Ipoh, Perak.

Perjumpaan tersebut, yang telah menyaksikan kehadiran sebanyak 500 pejuang-pejuang Melayu-Islam, telah dianjurkan oleh Dato’ Hamidah Osman dan dihadiri bersama pihak Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Jaringan Cina Malaysia (JCM) dan Gagasan Tiga (G3) atas jemputan peribadi Dato’ Hamidah.

Antara mereka yang berucap semasa perjumpaan tersebut termasuk Dato’ Azwanddin Hamzah selaku Presiden JMM, Hamdan Mohd Salleh selaku setiausaha JMM, Ng Lam Yong selaku Presiden JCM dan Raggie Jessy Rithaudeen selaku Pengerusi G3.


Menurut saudara Ng, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan langsung tidak mengendahkan mahupun menghadiri pengebumian Adib sebagai penghormatan terakhir terhadap Allahyarham, berlainan pula dengan Teoh Beng Hock, di mana hampir seluruh barisan kepimpinan DAP berpusu-pusu menziarahi keluarga beliau.

Ng Lum Yong 

Dalam teks ucapan Dato’ Azwanddin pula, beliau menekankan bahawa sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memecat Waytha Moorthy dengan kadar yang segera, beliau sendiri harus meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dato’ Azwanddin Hamzah

Hamdan pula menyarankan supaya orang Melayu-Islam perlu menolak sifat hasad dengki, khianat, iri hati dan berbalah sesama sendiri dalam penghijrahan mereka ke arah permuafakatan dan perpaduan.

Hamdan Mohd Salleh

RJ Rithaudeen pula memberi jaminan, bahawa bukan hanya G3 akan merubah lanskap politik tanahair menjelang pilihanraya umum ke 15, seandainya Bangsa DAP masih wujud pada ketika itu, G3 akan memastikan supaya bangsa tersebut lenyap buat selama-lamanya di muka bumi Melayu-Islam yang tercinta ini.

Raggie Jessy Rithaudeen

Perjumpaan tersebut turut menyaksikan seramai 30 ahli dari Special Branch Bukit Aman berkeliaran di sekitar kawasan padang.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...