G3 minta polis siasat Waytha dan Ganabatirau kerana memarakkan rusuhan kuil

GAGASAN TIGA (G3)

Satu laporan polis (gambar di bawah) telah dibuat oleh pihak Gagasan Tiga (G3) hari ini di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur. Laporan tersebut berikutan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan perkauman yang dikeluarkan oleh Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy, dan Adun DAP, V. Ganabatirau. G3 memberitahu polis bahawa kedua-dua mereka disyaki bersekongkol dengan DAP untuk menimbulkan kegusaran rakyat.

G3 juga menyatakan sokongan padunya terhadap PDRM dalam menangani isu rusuhan yang tercetus di perkarangan kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam di USJ 25, Subang Jaya. Dalam laporan tersebut, G3 mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, supaya melancarkan penyiasatan terhadap kedua-dua Waytha dan Ganabatirau bagi menilai sekiranya tindak-tanduk mereka disengajakan dan bertujuan untuk menimbulkan kegusaran rakyat di samping mencetuskan rusuhan perkauman dan keagamaan.

Raggie Jessy Rithaudeen

 

Comments

Comments


Loading...