Gabungan NGO gesa Agong arah Muhyiddin adakan sidang parlimen esok

Istana Negara. Sumber (gambar): Fail TTF

ݢابوڠن ݢسا اݢوڠ اره اداکن سيدڠ ڤرليمن ايسوق

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Satu gabungan hampir 40 NGO menggesa Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa dan budi bicara baginda dengan mengarahkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengadakan sidang Parlimen segera.

Dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Istana Negara semalam, Gabungan Bertindak Rakyat Malaysia menggesa Muhyiddin memanggil Parlimen bersidang semula pada Jumaat berbanding bulan depan.

“Keputusan menangguhkan persidangan turut mencetuskan polemik politik dan kontroversi, lebih-lebih lagi kerana tiada rasional dan sebab signifikan untuk mewajarkan langkah itu.

“Kami menganggapnya Perdana Menteri cuba mengambil masa untuk membolehkan beliau meraih sebanyak mungkin sokongan daripada Ahli Parlimen,” kata penyelaras gabungan itu, Mustafa Mansor selepas menyerahkan memorandum itu kepada pegawai Istana Negara.


PETALING JAYA: Satu gabungan hampir 40 NGO menggesa Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa dan budi bicara baginda dengan mengarahkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengadakan sidang Parlimen segera.

Dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Istana Negara señalan, Gabungan Bertindak Rakyat Malaysia menggesa Muhyiddin memanggil Parlimen bersidang semula pada Jumaat berbanding bulan depan.




“Keputusan menangguhkan persidangan turut mencetuskan polemik politik dan kontroversi, lebih-lebih lagi kerana tiada rasional dan sebab signifikan untuk mewajarkan langkah itu.

“Kami menganggapnya Perdana Menteri cuba mengambil masa untuk membolehkan beliau meraih sebanyak mungkin sokongan daripada Ahli Parlimen,” kata penyelaras gabungan itu, Mustafa Mansor selepas menyerahkan memorandum itu kepada pegawai Istana Negara.

Ia adalah memorandum kelapan yang diserahkan gabungan itu sejak pentadbiran Muhyiddin mengambil alih kerajaan.

Mustafa menggesa pemandu mengadakan protes aman dengan mengibarkan bendera hitam atau putih dari kenderaan mereka, jika persidangan gagal diadakan pada Jumaat.

Tambahan, katanya, gabungan itu mahu Muhyiddin membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan ketua kerajaan Perikatan Nasional.

“Tindakan tegas perlu diambil, jika bukti menunjukkan beliau tidak mempunyai sokongan majoriti. Tindakan mesti diambil untuk menggantikan kerajaan PN yang gagal mentadbir negara.”

Beliau menegaskan Muhyiddin perlu mendukung demokrasi dengan membuktikan sokongan majoritinya, sama ada kepada Agong atau Dewan Rakyat.

Loading...

Setakat ini, 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya, sama ada secara terbuka atau akuan berkanun, menyebabkan beliau kekurangan majoriti.

Sumber:

WAJIB BACA:

Kem Muhyiddin koyak rabak



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...