Gagal isytihar RM1 juta: Shahrir Samad bakal kemuka representasi

Pertuduhan ke atas Shahrir mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Sumber (gambar): Fail TTF

ڬاڬل اشتهار رم1 جوت، شهرير صمد كموك ريڤريسينتاسي

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya.

Shahrir, 71, dituduh membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada bekas perdana menteri itu berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013.

Cek itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 November 2013.

Oleh itu, Shahrir didakwa membabitkan diri secara langsung dalam transaksi yang membabitkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram dan dituduh melakukan kesalahan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur pada 25 April, 2014.


KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya.

Perkara itu dimaklumkan peguamnya Syahrul Syazwan Salehin ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, hari ini.




Syahrul Syazwan berkata, pihaknya akan meneliti dokumen berkaitan terlebih dahulu dan berbincang dengan anak guamnya berhubung permohonan representasi itu.

“Saya mengesahkan pihak pembelaan sudah menerima semua dokumen berkenaan kes ini daripada pihak pendakwaan hari ini.

“Saya mohon mahkamah tetapkan tarikh baharu untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan bermula,” katanya.

Azura kemudian menetapkan 19 Ogos untuk pengurusan kes dan menetapkan tarikh perbicaraan selama sembilan hari bermula 12 hingga 15 Oktober; 9 hingga 12 November dan 3 Disember.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa yang mewakili pendakwaan turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa seramai sembilan saksi dijadualkan memberi keterangan dalam perbicaraan.

Shahrir, 71, dituduh membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada bekas perdana menteri itu berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013.

Cek itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 November 2013.

Loading...

Oleh itu, Shahrir didakwa membabitkan diri secara langsung dalam transaksi yang membabitkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram dan dituduh melakukan kesalahan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur pada 25 April, 2014.

Pertuduhan ke atas beliau mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...