Gagasan Tiga dijadualkan mengadakan Tahlil Perdana Solidariti Adib di Pulau Pinang 8.30 malam ini

The Third Force

Pihak Gagasan Tiga (G3) dijadualkan mengadakan satu Tahlil Perdana Solidariti Adib di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam ini.

Majlis tersebut bakal menyaksikan ketua-ketua beberapa buah NGO, termasuk Jaringan Melayu Malaysia (JMM), berucap menuntut keadilan bagi Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Bomba yang parah dalam kejadian rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya, 27hb November tahun lalu.

Allahyarham Adib menghembuskan nafas terakhir pada 9.41 malam Isnin bersamaan 17hb Disember 2018 ketika menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).




Terdahulu, G3 membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, meminta pihak polis menyiasat kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan perkauman yang dikeluarkan oleh Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy, dan Adun DAP, V. Ganabatirau.

Dalam laporan tersebut, dibuat pada 28hb November 2018, pihak G3 memberitahu polis bahawa kedua-dua ahli politik tersebut disyaki bersekongkol dengan DAP untuk menimbulkan kegusaran rakyat.

Menurut G3, Waytha Moorthy dan Ganabatirau bertanggungjawab sepenuhnya memangkinkan rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ menerusi kenyataan-kenyataan palsu berbaur hasutan dan perkauman yang dikeluarkan oleh mereka menerusi media tempatan.

Sehingga hari ini, Waytha enggan tunduk kepada desakan netizen supaya beliau meletakan jawatan maah tidak pernah memohon maaf kepada keluarga arwah Adib.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...