Gagasan Tiga kehilangan wira pejuang bangsa

Pihak Gagasan Tiga (G3) baru sahaja kehilangan seorang rakan seperjuangan dengan kembalinya setiausaha gabungan NGO tersebut, Hasrul Lizam Ali, ke Rahmatullah di sekitar pukul 8 pagi tadi. Hasrul, 42, menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di sekitar Lembah Kelang setelah selesai menjalani pembedahan dua hari yang lepas. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kedah untuk dikembumikan selepas sembahyang Asar di Masjid Al Huda Kelang Lama, Kulim.

Untuk makluman, Hasrul turut memegang jawatan timbalan presiden di Consent Malaysia, iaitu sebuah NGO yang ditubuhkannya bersama Amran Ahmad Nor, timbalan pengerusi G3. Sepanjang saya mengenali Hasrul, beliau mempamirkan dedikasi yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan penyatuan ummah dan gigih mengutarakan pandangan-pandangan bernas ke arah memperkasakan pergerakan perpaduan.




Arwah yang saya kenal tidak pernah lelah mahupun leka dalam menjayakan setiap satu aktiviti yang diterajui G3 dan merupakan salah seorang pejuang Melayu-Islam yang lantang bersuara menentang Bangsa DAP. Beliau begitu menekankan pentingnya setiap warganegara menghayati dan memperjuangkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang menurutnya menjadi asas kepada perpaduan dan integriti nasional.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada umat Islam di seluruh negara. Saya mengucapkan salam Takziah buat sekeluarga Allahyarham dan berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.

Al Fatihah

RJ Rithaudeen

Malaysiaku Tanahairku



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...