Gaji minimum dinaikkan ke RM1,200 sebulan di 57 bandar utama

Kementerian Sumber Manusia berkata tarikh kuat kuasa perintah gaji minimum baharu mulai 1 Januari ini ke atas semua majikan dan perintah berkenaan akan diwartakan dalam masa terdekat. Sumber (gambar): Fail TTF

Kerajaan memutuskan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama.

Bandar raya utama yang terbabit ialah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Bharu.

Turut tersenarai ialah bandar Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan semalam berkata tarikh kuat kuasa perintah gaji minimum baharu mulai 1 Januari ini ke atas semua majikan dan perintah berkenaan akan diwartakan dalam masa terdekat.




“Pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di wilayah bandar utama dan RM1,100 sebulan selain wilayah bandar utama adalah berdasarkan tempat kerja yang ditakrifkan mengikut Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) iaitu di mana-mana tempat kerja dijalankan untuk majikan oleh pekerja,” katanya.

Kenyataan itu susulan pembentangan Belanjawan 2020 dan keputusan Jemaah Menteri pada 6 Disember lalu berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di kawasan wilayah bandar utama.

Sementara itu, kenyataan itu berkata, kadar gaji minimum mengikut jam dan hari serta bagi pekerja yang dibayar mengikut upah kerja, perjalanan, komisen, tan dan tugasan akan diperincikan dalam perintah gaji minimum yang baharu.

Katanya, gaji minimum dikekalkan penguatkuasaannya kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali perkhidmatan domestik seperti dalam perintah gaji minimum 2018.

Keputusan kerajaan meningkatkan gaji minimum bagi pekerja di wilayah bandar utama bagi membantu pekerja di kawasan itu berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Bandar raya utama yang terbabit ialah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Bharu.

Turut tersenarai ialah bandar Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.

Loading...

Kenyataan itu menyebut, kadar gaji minimum akan terus disemak bagi memastikan ia sejajar keperluan semasa dan selaras hasrat mencapai kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...