Raggie Jessy Rithaudeen
Gandingan Gerakan Tanah Air (GTA), Perikatan Nasional (PN) dan Warisan mendominasi undian secara online menerusi Facebook dengan jumlah undian sebanyak 72 peratus, lima jam selepas dilancarkan (KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT ATAU MENGUNDI).
Ini diikuti dengan Pakatan Harapan (21 peratus), Barisan Nasional (5 peratus), calon bebas (1 peratus) dan lain-lain (1 peratus).
Gandingan GTA, PN dan Warisan merupakan satu bentuk kerjasama yang diramalkan untuk tujuan analisis, di mana TTF turut meramalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 dengan agak terperinci bagi setiap gabungan politik, berdasarkan parameter-parameter yang ditetapkan.
Anda boleh ikuti ramalan ini menerusi video di hujung bawah atau menerusi artikel berikut:
RAMALAN KEDUA (PENUH) MELIBATKAN SEMUA PARTI IKUT NEGERI
Ramalan ketiga akan dibuat seminggu selepas penamaan calon, di mana agihan kerusi antara GTA dan PN, kualiti calon dan faktor-faktor lain dijangka mempengaruhi ramalan.
TONTON VIDEO ASAL DI YOU TUBE
