Dalam pada kita berjuang memartabatkan lagi kemuliaan Islam, Institusi Diraja, masyarakat Melayu-Islam dan bangsa nasional, Gerakan Bangsa Nasional turut akan memberikan idea-idea bernas bagaimana ekonomi negara dan Islam mampu ditingkatkan.
Kritikan sememangnya perlu, dan kita akan terus memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Tetapi GBN bukannya ditubuhkan semata-mata untuk berpolitik siang malam tak tentu hala kerana ini tidak akan membawa keuntungan kepada rakyat jelata yang sudahpun terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.
Apa yang rakyat perlukan adalah gandingan mantap semua kumpulan pejuang dalam merangka strategi jangka panjang yang mampu dipraktikkan bagi meringankan beban rakyat
RJ Rithaudeen
FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
