GBN: DAP akan main persepsi rakyat selagi perlembagaan tidak dipinda

“Ramai yang masih tidak sedar bahawa Islam hanya sekadar agama persekutuan, bukannya agama rasmi persekutuan” – Rosdzaman. somber (gambar): TTF

GBN semalam memutuskan untuk melantik Abdul Razak bin Dato’ Haji Ghazali sebagai pengerusi GBN daerah Sabak Bernam dan Wan Mohd Zulkhairi Hasan sebagai pengerusi GBN Kota Baharu, Kelantan.

Terdahulu, Lembaga Pengarah Kebangsaan GBN menerima kunjungan dari rombongan NGO-NGO Sabah dan dua ahli politik bagi membincangkan penubuhan Gerakan Bangsa Nasional Malaysia Timur.


Gerakan Bangsa Nasional (GBN) tegas dalam perjuangannya menuntut Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa sepenuhnya memecat Perdana Menteri.

Demikian menurut Pengarah Bersama GBN, Rosdzaman Dato’ Mohd Yusop, semasa mesyuarat tertutup Lembaga Pengarah Kebangsaan semalam bersama lima kumpulan aktivis dan empat buah NGO di Subang Jaya, Selangor.




Menurut Rosdzaman, Deklarasi Selangor yang menggariskan perkara tersebut akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pertengahan bulan Jun 2019 setelah pihak GBN meminta perkenan Baginda Tuanku untuk mengadap bagi menjelaskan isi kandungan deklarasi.

Deklarasi Selangor dilancarkan 15hb April lepas dalam satu majlis yang dihadiri bersama Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Rafii, dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Mukhyi.

Majlis tersebut menyaksikan GBN melafazkan ikrar tanda komitmen terhadap sembilan teras yang digariskan Lembaga Pengarah Kebangsaan demi memelihara kemuliaan agama Islam, institusi diraja dan kepentingan Bangsa Nasional.

Menurut Rosdzaman, bukan hanya Agong wajar diberi kuasa pecat PM, pelembagaan persekutuan perlu dipinda agar perkataan ‘rasmi’ diselitkan bersama apabila merujuk pada status agama Islam.

“Ramai yang masih tidak sedar bahawa Islam hanya sekadar agama persekutuan, bukannya agama rasmi persekutuan.

“Dalam mana-mana mahkhamah, selagi sesuatu itu tidak ditakrif dengan jelas, ianya menjadi “grey area” dan terbuka pada tafsiran.

“Di situlah DAP bermain dengan persepsi rakyat, kerana pemimpinnya tahu, selagi tidak ada perkataan “rasmi,” selagi itulah usaha masyarakat Melayu-Islam memelihara kemuliaan agama Islam tidak akan berjaya.

Loading...

“Dan selagi itulah Islamophobia akan kekal subur” katanya.

Mesyuarat semalam memutuskan untuk melantik Abdul Razak bin Dato’ Haji Ghazali sebagai pengerusi GBN daerah Sabak Bernam dan Wan Mohd Zulkhairi Hasan sebagai pengerusi GBN Kota Baharu, Kelantan.

Abdul Razak Dato’ Haji Ghazali (kiri) dan Wan Mohd Zulkhairi Hasan (kanan)

Terdahulu, Lembaga Pengarah Kebangsaan GBN menerima kunjungan dari rombongan NGO-NGO Sabah dan dua ahli politik bagi membincangkan penubuhan Gerakan Bangsa Nasional Malaysia Timur.

Dalam pertemuan tersebut, GBN berjanji menekankan perlunya kerajaan memelihara kepentingan golongan bumuputera Sabah dan Sarawak selaras dengan beberapa teras yang digariskan lembaga pengarah GBN.

Sehubungan itu, satu sidang media dijangka akan diadakan tidak lama lagi bagi mengumumkan pelancaran GBN di Sabah dan Kelantan bersama wakil-wakil dari negeri-negeri tersebut.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...