GBN: DAP musuh Islam, itulah hakikatnya

Majlis pelancaran GBN yang berlangsung pada 26hb Mac 2019. Sumber (gambar): TTF

Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) Gerakan Bangsa Nasional (GBN) semalam memutuskan untuk mengadakan satu perhimpunan aman di Selangor pertengahan bulan ini di satu lokasi yang bakal diumumkan.

Perhimpunan tersebut adalah bagi membolehkan rakyat jelata bersama-sama lafazkan ikrar aku janji dalam usaha GBN menyatukan umat Islam dan memartabatkan institusi diraja.


Oleh: Sazali Yunus

SHAH ALAM: Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) Gerakan Bangsa Nasional (GBN) semalam memutuskan untuk mengadakan satu perhimpunan aman di Selangor pertengahan bulan ini di satu lokasi yang bakal diumumkan.

Perhimpunan tersebut bakal menyaksikan penyertaan dari wakil-wakil beberapa buah NGO berserta tetamu-tetamu jemputan bagi dan aktivis yang akan bersama-sama lafazkan ikrar aku janji yang berpaksi pada Islam dan lapan objektif utama yang menjadi teras kepada perjuangan GNB.




Ketika ditemui, ahli LPK GBN, Raggie Jessy Rithaudeen, memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut adalah susulan daripada majlis pelancaran tertutup yang diadakan 26hb Mac 2019 lepas yang dirasmikan oleh tetamu kehormat dari UMNO, Dato’ Razlan Rafii.

Menurut Rithaudeen, majlis tersebut dibuka oleh Dato’ Razlan sebelum disajikan dengan perutusan-perutusan dari ahli-ahli LPK serta tetamu-tetamu undangan yang lain.

“Perhimpunan April ini adalah terbuka kepada umum. Matlamatnya sama dan tidak lari dari lapan objektif utama yang menjadi tunjang kepada pergerakan kami.

“Kami tidak akan berganjak dalam memperjuangkan kesemua objektif yang tersenarai, terutama sekali yang membabitkan status Islam, bahaya Islamophobia dan perlunya Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memecat Perdana Menteri.

“Dan buat masa ini, musuh Islam yang terbesar yang perlu kita tangani tak lain tak bukan DAP. Ini adalah hakikat,” katanya.

Sementara itu, ahli bersama LPK, Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup, memberitahu bahawa perhimpunan tersebut adalah bagi membolehkan rakyat jelata bersama-sama lafazkan ikrar aku janji dalam usaha menyatukan umat Islam dan memartabatkan institusi diraja.

“Kami akan membuat satu deklarasi yang akan dibacakan serentak oleh pucuk pimpinan GBN dan tetamu-tetamu undangan dan akan menjemput orang ramai yang hadir melafazkannya bersama-sama dengan kita.

Loading...

“Perhimpunan akan diakhiri dengan lafaz aku janji setelah barisan LPK dan speaker-speaker undangan selesai menyampaikan perutusan masing-masing,” katanya.

Menurut Rosdzaman, satu pengumuman bakal dibuat dalam masa terdekat bagi mengumumkan lokasi dan tarikh sebenar perhimpunan yang bakal diadakan.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...