GBN: Gandingan Anwar-DAP ancaman terbesar negara

Lim Kit Siang (kiri) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (kanan). Sumber (gambar): TTF

GERAKAN BANGSA NASIONAL

Gandingan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan DAP dianggap ancaman paling besar terhadap kestabilan politik dan ekonomi tanah air dan turut dianggap punca utama berlakunya ketidak tentuan politik pada ketika ini.

DAP turut dianggap sebuah parti politik cauvinis yang aura ‘anti-Melayu’ dan ‘anti-Islamnya’ mudah dikesan dan difikirkan satu ancaman serius terhadap masyarakat Melayu-Islam dan Bumiputra.




Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) Gerakan Bangsa Nasional yang bermesyuarat petang tadi mengambil keputusan sebulat suara untuk menyokong sebarang usaha mana-mana pemimpin politik yang bersetuju menguburkan ataupun menyisihkan Anwar dan DAP daripada arena politik kebangsaan.

Ini memandangkan masalah yang ditimbulkan mereka teramat serius dan sedang mengganggu gugat segala usaha ke arah mencapai perpaduan nasional.

Kegagalan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan untuk melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan berkesan dan tindak-tanduknya yang dilihat lebih menjurus ke arah “politik perkauman” turut memudaratkan ekonomi negara dan menakutkan pelabur asing.

GBN menganggap tindakan dua pemimpin kanan UMNO dan kuncu-kuncu mereka yang terus-menerus menyokong Anwar secara tersembunyi sebagai satu bentuk penganiayaan kerana ia menandakan pemimpin ini bersetuju dengan gandingan Anwar-DAP.

Kesemua pendirian ini diambil setelah GBN meneliti perkembangan politik terkini dan faktor sejarah melibatkan beberapa buah parti politik dan kepimpinan parti-parti tersebut tanpa mengambil kira samada parti-parti ini memihak kepada kerajaan ataupun pembangkang.

Bagi meningkatkan kesedaran umum terhadap situasi politik dan ekonomi terkini, GBN memutuskan untuk melancarkan satu siri roadshow bermula di beberapa buah perkampungan di Selangor bulan ini sebelum bergerak ke Perak dan Pulau Pinang pertengahan bulan depan.

GBN turut akan menganjurkan “Forum Ekonomi Bangsa Nasional” buat julung kalinya, di mana forum ini akan melihat penyertaan beberapa wakil dari industri dan pakar akademik yang akan memperinci masalah-masalah ekonomi berbangkit dan cara kita mampu mengatasinya.

Loading...

FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...