GBN: PENJAJAHAN MINDA PUAK PEMERINTAH BARU PERLU DICANTAS SEGERA

Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Terlebih dahulu, saya ingin mengangkat rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan keizinan serta kehendaknya NYA maka GERAKAN BANGSA NASIONAL (GBN) dapat ditubuhkan. Selawat dan salam yang sempurna dipanjatkan ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam ke atas ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya

Saudara saudari yang dikasihi,




Antara agenda besar yang digariskan Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) GBN adalah bagi memastikan bahawa keharmonian dan perpaduan antara bangsa-bangsa di Malaysia dipupuk sebaik mungkin agar kemakmuran yang dinikmati bersama terus segar.

Dalam mencapai hajat tersebut, adalah amat perlu bagi setiap suku kaum di Malaysia menghormati agama Islam, raja-raja serta institusi-institusi Islam dan memahami pentingnya masyarakat Melayu-Islam bersatu demi kesejahteraan bersama.

Justeru, GBN bertekad untuk meningkatkan kesedaran di kalangan setiap yang bergelar Melayu-Islam betapa buruk padahnya sekira kita tidak berjuang bersama-sama menuntut pindaan pada Perlembagaan Persekutuan agar Islam diiktiraf sebagai “agama rasmi Persekutuan.”

Hanya dengan cara inilah kita mampu memerangi gelombang Islamophobia yang dibawa pihak-pihak tertentu yang sememangnya ingin menjadikan Islam di Malaysia liberal dan penganutnya cenderung ke arah budaya bebas lampau ala barat.

Atas niat inilah GBN berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pemimpin masyarakat yang bersendikan matlamat yang tersebut di atas dan bukannya untuk mencipta pengikut semata-mata untuk mencapai kepentingan peribadi yang songsang.

Umum tahu, semenjak berlakunya peralihan kuasa pemerintahan di negara yang tercinta ini, intergrasi bangsa kita dicemari dengan pelbagai unsur negatif yang dilihat menjurus kepada perpecahan perpaduan dan keharmonian.

Loading...

Sekiranya tidak diambil peduli, maka tidak akan ada suntikan keharmonian yang segar yang mampu menghindari bibit-bibit perbalahan antara bangsa-bangsa nasional yang kian hari kian menjurus ke arah tindakan di luar batas fitrah kemanusiaan.

GBN amat merasakan bahawa keluhuran perlembagaan dan undang-undang perlu terus dihormati menerusi pemartaban sistem keadilan agar ianya berfungsi sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan sepertimana ianya diilhamkan oleh peneraju kemerdekaan negara.

GBN tidak mahu wujudnya satu era penjajahan baru di negara kita di mana seseorang itu tidak dibenarkan bersuara. Umum perlu faham, bahawa Syariat Islam berlandaskan ‘Rahmatan Lil A’lamin’ tidak melarang seseorang itu bersuara tatkala dirinya disalahi ataupun sekiranya berlakunya kepincangan dalam pentadbiran.

Malah, sejak pentadbiran baru mengambil alih, terlalu banyak isu-isu yang kurang disenangi oleh rakyat akibat dari sikap pemimpin-pemimpin PH, terutamanya dari DAP, yang mengambil sikap tak endah dalam melaksanakan janji-janji manifesto.

Lebih dari itu, terdapat puak-puak yang ingin mengubah Perlembagaan Persekutuan dalam hal-hal yang menyentuh isu agama dan Institusi di-Raja yang rata-rata menimbulkan rasa resah, kesal, marah dan tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap pentadiran baru dan hampir mencetuskan perbalahan kaum di negara tercinta ini.

Justeru, saya merasakan amat perlu adanya satu pergerakan untuk berfungsi sebagai kumpulan bukan kerajaan mahupun pembangkang yang mampu mengutarakan pendirian rakyat yang menjerumus ke arah kepincangan dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Lebih penting, pergerakan ini perlu mengiktiraf segala usaha penyatuan ummah yang digerakkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama kepimpinan tertinggi UMNO ke arah permuafakatan politik demi kesejahteraan bersama.

Idea-idea inilah yang mendorong Pergerakan Bugis Bangkit (PBB) dan Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku (PMT) untuk menubuhkan GERAKAN BANGSA NASIONAL (GBN) yang berteraskan prinsip perpaduan nasional.

Objektif penubuhan gerakan baru ini antara lain untuk menentang segala bentuk ancaman terhadap agama Islam oleh mana-mana pihak yang berniat memecah-belahkan masyarakat Melayu dan Islam melalui pemerkasaan institusi DiRaja.

Selain itu, GBN turut menentang mana-mana pemimpin mengejar kedudukan, kuasa dan kekayaan negara agar masyarakat tidak lagi dibelenggu dengan politik rakus yang dibawa oleh pemimpin terbabit.

Justeru, pihak Lembaga Pengarah Kebangsaan GBN telah sebulat suara memutuskan untuk mengariskan yang berikut sebagai matlamat-matlamat utama penubuhan Gerakan Bangsa Nasional (GBN), iaitu:

1. Menentang segala bentuk ancaman terhadap agama Islam oleh DAP dan puak-puak belaan beberapa pemimpin parti tersebut yang berniat memecah-belahkan kaum Melayu-Islam.

2. Menentang mana-mana pemimpin yang tamakkan wang, kuasa dan kedudukan (WKK) agar masyarakat tidak lagi dibelenggu dengan politik rakus yang dibawa oleh pemimpin sebegini.

3. Memperkasakan keunggulan institusi diraja.

4. Berjuang agar Perlembagaan Persekutuan di pinda supaya Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa baru, iaitu kuasa untuk memecat Perdana Menteri berdasarkan syarat-syarat tertentu.

5. Menuntut supaya agama Islam diklasifikasikan sebagai agama rasmi negara

6. Menolong semua lapisan masyarakat menghapuskan segala bentuk penindasan oleh mana-mana pihak, samada kerajaan pusat mahupun pihak pembangkang, terhadap mana-mana kaum ataupun kumpulan agama di negara ini.

7. Menghidupkan kembali semangat kemerdekaan 1957 serta impian-impian dan visi-visi yang dibawa oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

8. Menghidupkan kembali impian-impian serta visi yang dibawa oleh Tun Abdul Razak dalam usaha Allahyarham menyatu-padukan semua bangsa di negara ini dengan meningkatkan kemampuan setiap bangsa bersaing maju dalam semua jurusan.

Sekian sahaja daripada saya buat ketika ini. Saya sudahi perutusan saya ini dengan ucapan Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...