GE14: Kuala Langat sebagai perintis kepada pemerkasaan masjid dan surau sebagai Pusat Ilmu Islam Alaf ke-21.

Shahril Hamdan

Pernahkah anda impikan sebuah tamadun Islam yang gilang gemilang kembali pada zaman ini seperti mana kegemilangan Islam pada zaman Khalifah Abbasiyyah dengan pembangunan Baitul Hikmah pusat intelektual dan keilmuan yang menjadi rujukan cendekiawan dan sarjana dari seluruh pelusuk dunia?




Adalah merupakan salah satu aspirasi saya untuk melihat Zaman Kegemilangan Tamadun Islam yang baru, bertapak dan bermula di Malaysia atau lebih spesifiknya di Kuala Langat menjelang tahun 2050.

Paling tidak pun saya ingin melihat Kuala Langat menjadi Pusat Ilmu Islam Alaf ke-21 dengan masjid dan surau di Kuala Langat dijadikan sebagai pusat ilmu dan masyarakat.

Pertama, saya beriltizam untuk membaikpulih, menaiktaraf dan memperluaskan masjid dan surau yang sedia ada.

Kedua, saya berazam untuk membina dan menambahbaik ruang bacaan & ilmu sebanyak mungkin di masjid dan surau.

Ketiga, saya berjanji untuk mengadakan kelas tuisyen dan latihan koding di masjid & surau tumpuan.

Keempat, saya berniat melaksanakan program riadah masyarakat seperti FitMasjid bagi mengimarahkan masjid dan surau.

Dengan itu rumah-rumah Allah ini akan didekati oleh semua golongan lapisan masyarakat terutamanya golongan muda sebagai pusat aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan.

Loading...

Saya beraspirasi supaya Kuala Langat menjadi perintis kepada pemerkasaan masjid dan surau sebagai Pusat Ilmu Islam Alaf ke-21.

Sumber: Shahril Hamdan



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...