‘Gelaran Pak Lebai tak hina, gelaran penyamun lebih hina’, kata PAS, dipercayai merujuk kepada ucapan Zahid

PAS mengingatkan pengkritik bahawa PAS yang digelar “parti pak lebai” itu yang akan mengubah politik negara pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Sumber (gambar): Fail TTF

ءڬلرن ڤق ليباي تق هينا، ڬلرن ڤڽامون لبيه هيناء، كات ڤاس، دڤرچايأي مروجوق كڤد اوچاڤن زاهيد

PAS tidak tersinggung digelar “parti pak lebai” kerana merasakan ia bukan gelaran yang hina.

Naib Presiden Mohd Amar Abdullah berkata, PAS dianggap “parti pak lebai” dan “parti kampung” sejak dahulu lagi.

“Bagi kita, gelaran ‘parti pak lebai’ bukan satu gelaran yang hina. Gelaran sebagai penyamun politik itu lebih hina,” katanya ketika berucap di satu perhimpunan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi menegaskan gabungan itu menolak sebarang bentuk rundingan bersama PAS selepas PRU15 kerana menganggap parti itu tidak setia.


PETALING JAYA: PAS tidak tersinggung digelar “parti pak lebai” kerana merasakan ia bukan gelaran yang hina.

Naib Presiden Mohd Amar Abdullah berkata, PAS dianggap “parti pak lebai” dan “parti kampung” sejak dahulu lagi.




“Bagi kita, gelaran ‘parti pak lebai’ bukan satu gelaran yang hina. Gelaran sebagai penyamun politik itu lebih hina,” katanya ketika berucap di satu perhimpunan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Malah, beliau mengingatkan pengkritik bahawa PAS yang digelar “parti pak lebai” itu yang akan mengubah politik negara pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi menegaskan gabungan itu menolak sebarang bentuk rundingan bersama PAS selepas PRU15 kerana menganggap parti itu tidak setia.

Malah, katanya, pemimpin PAS dilihat sering berubah-ubah pendiriannya, lapor Berita Harian.

“Kita jangan pedulikan pak lebai bersama kita (BN) atau tidak. Pak lebai petang cakap lain, malam cakap lain,” katanya pada satu acara di Bandar Baharu, Kedah baru-baru ini.

“Apabila ada situasi politik baharu mereka keluar fatwa baharu, bila untuk dirinya keluar fatwa baharu, bila nak salahkan orang keluar. Guna ayat al-Quran dan hadis yang maknanya tetap sama, tetapi ditafsir berlainan. Cukuplah pak lebai, bertaubatlah cepat.”

Loading...

Sumber Berita:

Tajuk:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...