
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Raggie Jessy Rithaudeen
ڬلرن ءولايهء تياد معنى سبب سابه، سراوق ماسيه برڬلر ءنڬريء دالم ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان
Keputusan kerajaan menggelar Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah tidak membawa apa-apa makna jika perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri Persekutuan tidak dipinda.
Tanpa pindaan, keputusan kerajaan menjadi aneh malah mungkin menyalahi undang-undang jika Sabah dan Sarawak digelar Wilayah dalam dokumentasi rasmi kerajaan.
Saya bersetuju dengan Exco Wira WARISAN, Norazmi Hj Alimat, bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili pernah menyatakan bahawa isu MA63 ini akan selesai dalam masa 6 bulan selepas mereka (PN/GRS) memerintah tapi sehingga kini tiada khabar yang kita dengar.
BACA JUGA: KENAPA ANWAR, DI PORT DICKSON TAK ADA BALAI POLIS KE?
“Wira Warisan amat tegas dalam isu ini, kita sudah berjaya 17 daripada 21 perkara dalam menuntut hak kita di bawah MA63 sebelum ini, kini kita menanti apa usaha dan komitmen kerajaan PN/GRS dalam perlaksanaannya dan juga lebihan 4 perkara yang masih belum diputuskan.”
“Jika benar kesungguhan Muhyiddin untuk gelar kita sebagai ‘wilayah’ Wira Warisan dan seluruh rakyat Sabah dan Sarawak menuntut agar Parlimen dapat bersidang dengan kadar segera dan usul meminda semula Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan ini dibawa, dibahas dan disokong semula sebulat suara.
“Wira Warisan juga mencabar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji untuk berani membuka sidang DUN dan mengusulkan perkara ini agar dapat dibawa kepada perhatian Perdana Menteri dan merealisasikannya, bukannya hanya berpolimik politik dan menyedapkan seketika hati orang Sabah.
“Kini, orang Sabah bukan lagi dungu dan senang dimanipulasi. Terutama golongan anak muda kita yang sudah jauh berfikiran matang dalam menentukan hak kita di bawah MA63,” katanya.
Pada 4 April 2019, RUU yang mengusulkan pindaan terhadap Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia akhirnya dibentangkan di Dewan Rakyat.
Namun, setelah dibahaskan selama enam jam pada bacaan kedua, hanya 138 ahli parlimen menyokong rang undang-undang tersebut, kurang dari dua pertiga yang diperlukan untuk pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Ini disebabkan 16 Ahli Parlimen tidak hadir, 8 tidak mengambil bahagian dan 59 tidak ingin mengundi, termasuk semua Ahli Parlimen UMNO, MCA dan MIC.
Barisan Nasional kini merupakan sebahagian daripada kerajaan pimpinan Muhyiddin yang disyaki tidak memiliki majoriti, sekaligus menjadikanya sukar bagi RUU pindaan Artikel 1(2) diluluskan melainkan berlaku perubahan kerajaan.
WAJIB BACA:
KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]
