Gerakan Bangsa Nasional bakal melancarkan Deklarasi Selangor Ahad ini

Majlis Deklarasi Selangor Ahad ini bakal membuka lembaran baru dalam sejarah perjuangan umat Islam di negara ini. Sumber (gambar): TTF

Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) Gerakan Bangsa Nasional (GBN) semalam memutuskan untuk mengumumkan Deklarasi Selangor dalam satu majlis bersama-sama wakil beberapa buah NGO dan tetamu-tetamu jemputan Ahad ini, bersamaan 14hb April 2019.

Selain dari pelancaran buku perihal sejarah UMNO hasil tulisan Tok Ayah Prof Dr Zahalan Bin Man, majlis turut akan mengumumkan tarikh penyerahan Deklarasi Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong agar perkara yang dibentangkan mendapat perhatian yang swajarnya oleh pihak Tuanku.


Oleh: Sazali Yunus


SHAH ALAM: Setelah bermesyuarat lebih dua jam, Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) Gerakan Bangsa Nasional (GBN) semalam memutuskan untuk mengumumkan Deklarasi Selangor dalam satu majlis bersama-sama wakil beberapa buah NGO dan tetamu-tetamu jemputan Ahad ini, bersamaan 14hb April 2019.

GBN turut memutuskan agar majlis tersebut dibuat dalam persekitaran dewan dan bukannya di lokasi terbuka memandangkan niat LPK buat masa ini bukanlah untuk mengadakan perhimpunan tetapi pertemuan bersama para tetamu jemputan dan penyokong-penyokong GBN.

Majlis tersebut bakal mengariskan pelan tindakkan nasional GBN dan akan menyaksikan para hadirin melafazkan ikrar aku janji yang berpaksi pada Islam dan lapan objektif utama yang menjadi teras kepada perjuangan GNB.

Selain dari pelancaran buku perihal sejarah UMNO hasil tulisan Tok Ayah Prof Dr Zahalan Bin Man, majlis turut akan mengumumkan tarikh penyerahan Deklarasi Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong agar perkara yang dibentangkan mendapat perhatian pihak Tuanku.

Terdahulu, ketika ditemui, ahli LPK GBN, Raggie Jessy Rithaudeen, memaklumkan bahawa majlis yang bakal diadakan akan turut dihadiri tetamu undangan dari UMNO dan PAS.

“Ya, memang ada tetamu-tetamu undangan dari UMNO dan PAS yang turut akan berucap dalam majlis deklarasi.

“Saya dan Rosdzaman (ahli bersama LPK) mengalu-alukan kehadiran mereka kerana niat kami sememangnya sama, iaitu untuk menyatukan umat Islam menerusi jalinan persaudaraan yang membina.

“Ahad ini, pihak LPK akan menggariskan Pelan Tindakan GBN dalam usaha kami memerangi DAP demi kesejahteraan umat Islam di tanah air yang tercinta ini,” katanya.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...