Gerakan Bangsa Nasional bakal tangani ancaman DAP

Raggie Jessy berkata, MPK itu yang akan dibentuk berperanan mengiktiraf usaha penyatuan ummah yang digerakkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Sumber (gambar): Malaysia Gazette

Pertubuhan Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku (PMT) dan Pergerakan Bugis Bangkit (PBB) merancang untuk menubuhkan Gerakan Bangsa Nasional (GBN) yang berteraskan perpaduan nasional pada 26 Mac ini.

Objektif penubuhan gerakan baharu itu antara lain untuk menentang segala bentuk ancaman terhadap agama Islam oleh DAP dan mana-mana pihak yang berniat memecah-belahkan masyarakat Melayu dan Islam melalui pemerkasaan institusi DiRaja.


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku (PMT) dan Pergerakan Bugis Bangkit (PBB) merancang untuk menubuhkan Gerakan Bangsa Nasional (GBN) yang berteraskan perpaduan nasional pada 26 Mac ini.

Ketuanya, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, idea itu timbul selepas pihaknya bersama 48 pihak termasuk aktivis masyarakat, ketua kampung dan pemimpin NGO menyelami isu-isu semasa membabitkan kepincangan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kami sebulat suara mahu menubuhkan GBN selepas melihat ancaman puak DAP terhadap agama Islam serta institusi DiRaja dan perlunya usaha menyatukan masyarakat Melayu dan Islam dimantapkan.


“Kami juga melihat anasir Islamfobia yang dimainkan oleh puak DAP serta pimpinan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dan bagaimana ia memberi persepsi negatif terhadap Institusi Islam secara keseluruhannya dan golongan Melayu-Islam secara spesifik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perjumpaan solidariti Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku dan Bugis Bangkit yang pertama, berlangsung pada 4hb Febuari 2019. Sumber (gambar) TTF

Objektif penubuhan gerakan baharu itu antara lain untuk menentang segala bentuk ancaman terhadap agama Islam oleh DAP dan mana-mana pihak yang berniat memecah-belahkan masyarakat Melayu dan Islam melalui pemerkasaan institusi DiRaja.

Selain itu, GBN turut menentang mana-mana pemimpin mengejar kedudukan, kuasa dan kekayaan negara agar masyarakat tidak lagi dibelenggu dengan politik rakus yang dibawa oleh pemimpin terbabit.

Selain GBN, dua pertubuhan itu turut sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Pengarah Kebangsaan (MPK) yang diwakili oleh pucuk pimpinan kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) itu dari seluruh negara.

Raggie Jessy berkata, MPK itu yang akan dibentuk berperanan mengiktiraf usaha penyatuan ummah yang digerakkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Dua pemimpin ini merupakan satu gandingan mantap dalam hijrah umat Melayu-Islam ke arah penyatuan dan turut bersetuju untuk berganding bahu dengan kedua-dua mereka di mana perlu demi agama, bangsa dan negara,” katanya lagi. 

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...