Gerakan Bangsa Nasional (GBN) ditubuhkan, iktiraf gandingan Hadi-Mat Hasan

 

Perjumpaan solidariti Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku dan Bugis Bangkit yang pertama, berlangsung pada 4hb Febuari 2019. Sumber (gambar) TTF

Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku (PMT) telah mengadakan satu pertemuan di Subang Jaya petang semalam bersama-sama Pergerakan Bugis Bangkit (PBB) bagi membincangkan perlunya sebuah gerakan baru berteraskan perpaduan nasional.

Kesemua yang hadir telah sebulat suara memutuskan supaya satu Gerakan Bangsa Nasional (GBN) ditubuhkan bagi memenuhi beberapa objektif utama yang digariskan bersama.

GBN kemudiannya memutuskan untuk mengiktiraf gandingan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato’ Seri Mohamad Hasan sebagai satu gandingan mantap dalam hijrah umat Melayu-Islam ke arah penyatuan dan turut bersetuju untuk berganding bahu dengan kedua-dua mereka di mana perlu demi agama, bangsa dan negara.


SUBANG JAYA: Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku (PMT) telah mengadakan satu pertemuan di Subang Jaya petang semalam bersama-sama Pergerakan Bugis Bangkit (PBB) bagi membincangkan perlunya sebuah gerakan baru yang berteraskan perpaduan nasional.




Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh 48 orang yang terdiri dari para aktivis masyarakat, ketua-ketua kampung serta ketua-ketua NGO dan telah menyelami isu-isu semasa yang membabitkan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, ancaman puak DAP terhadap agama Islam serta institusi diraja dan perlunya usaha menyatukan masyarakat Melayu-Islam dimantapkan.

Turut dibincang adalah isu-isu yang bersangkut paut dengan perpaduan nasional, termasuk anasir Islamophobia yang dimainkan oleh puak DAP pimpinan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dan bagaimana anasir tersebut memberikan golongan Cina persepsi negatif terhadap Isntitusi Islam secara keseluruhannya dan golongan Melayu-Islam secara spesifik.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku

Justeru, kesemua yang hadir sebulat suara memutuskan supaya satu Gerakan Bangsa Nasional (GBN) ditubuhkan bagi memenuhi beberapa objektif utama yang digariskan bersama, iaitu:

1. Menentang segala bentuk ancaman terhadap agama Islam oleh DAP dan puak-puak belaan beberapa pemimpin parti tersebut yang berniat memech-belahkan kaum Melayu-Islam.

2. Menentang mana-mana pemimpin yang tamakkan wang, kuasa dan kedudukan (WKK) agar masyarakat tidak lagi dibelenggu dengan politik rakus yang dibawa oleh pemimpin sebegini.

3. Memperkasakan keunggulan institusi diraja.

4. Berjuang agar Perlembagaan Persekutuan di pinda supaya Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa baru, iaitu kuasa untuk memecat Perdana Menteri berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Loading...

5. Menuntut supaya agama Islam diklasifikasikan sebagai agama rasmi negara

6. Menolong semua lapisan masyarakat menghapuskan segala bentuk penindasan oleh mana-mana pihak, samada kerajaan pusat mahupun pihak pembangkang, terhadap mana-mana kaum ataupun kumpulan agama di negara ini.

7. Menghidupkan kembali semangat kemerdekaan 1957 serta impian-impian dan visi-visi yang dibawa oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

8. Menghidupkan kembali impian-impian serta visi yang dibawa oleh Tun Abdul Razak dalam usaha Allahyarham menyatu-padukan semua bangsa di negara ini dengan meningkatkan kemampuan setiap bangsa bersaing maju dalam semua jurusan.

Pertemuan rasmi PMT dan PBB yang julung kali diadakan itu dipengerusikan oleh PMT dan memutuskan untuk menubuhkan Majlis Pengarah Kebangsaan (MPK) yang diwakili oleh pucuk pimpinan kedua-dua PMT dan PBB dan bakal diwakili oleh dua pergerakan besar dari pantai timur semenanjung dan juga Sabah.

Ketua Pergerakan Bugis Bangkit

Sejurus kemudian, MPK mengistiharkan berlangsungnya mesyuarat pertama GBN dan menyaksikan satu persetujuan dicapai antara para aktivis, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua NGO yang hadir agar kesemua mereka diserap masuk ke dalam PMT dan PBB sebagai ahli-ahli pergerakan.

Mesyuarat kemudiannya memutuskan untuk mengiktiraf gandingan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato’ Seri Mohamad Hasan sebagai satu gandingan mantap dalam hijrah umat Melayu-Islam ke arah penyatuan dan turut bersetuju untuk berganding bahu dengan kedua-dua mereka di mana perlu demi agama, bangsa dan negara.

MPK turut memutuskan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada isu-isu yang melibatkan negeri-negeri Selangor, Negri Sembilan dan Johor buat seketika sebelum bergerak menghala ke utara dan juga ke Sabah dan Sarawak.

GBN bakal mengadakan satu majlis pelancaran rasmi pada 26hb Mac 2019 bersama-sama rakan-rakan media dan akan menyampaikan perutusan-perutusan rasmi yang bakal merungkai halatuju gerakan secara terperinci.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...