
A Kadir Jasin
ڬرقن سرتاي ڤريكتن ناسيونل: ملوكوت تڤي ڬنتڠ
1. Kemasukan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ke dalam Perikatan Nasional (PN) adalah sekadar membanyakkan bilangan. Parti itu terlalu “insignificant” untuk memberi kesan bermakna kepada PN.
2. Kalau tidak kerana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, Perak, yang diperoleh melalui pengkhianatan, Gerakan sudah hanyut. Ia memperoleh kerusi itu apabila S Subramaniam, yang menang kerusi tersebut atas tiket PH-DAP, belot Jun lalu.
3. Kehadiran Gerakan dalam PN bolehlah disamakan dengan keahlian Parti Makkal Sakti Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia dan Barisan Progresif India Se-Malaysia dalam Barisan Nasional. Ibarat melukut di tepi gantang.
4. Ia turut menggambarkan keterdesakan PN untuk menambah bilangan anggota dan memberi gambaran ia adalah gabungan pelbagai kaum.
5. Sama seperti MCA dan MIC, yang masih menganggotai BN, Gerakan boleh dikatakan sudah ditolak sepenuhnya oleh pengundi Cina dan India.
6. Menyertai PN tidak lebih daripada mengelak daripada terus terumbang-ambing dalam lautan politik yang semakin bergelora.
7. Selain Bersatu dan Pas, parti anggota PN yang lain adalah Parti Solidariti Tanah Airku (Star) (Sabah) dan Parti Progresif Sabah (SAPP). Star ada satu kerusi Dewan Rakyat dan enam DUN di Sabah manakala SAPP ada satu kerusi DUN.
Terima kasih.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
