Giliran Amanah minta PAS tarik balik Amanat Hadi

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, amanat Hadi banyak mempengaruhi pengikut Pas hingga berlakunya perpecahan dalam keluarga mahupun sahabat. Sumber (gambar): m.malaysiakini.com

Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu berpendapat Pas perlu menarik balik amanat Hadi yang mengkafirkan UMNO manakala UMNO pula perlu menarik balik tuduhan Pas sebagai sebuah parti ajaran sesat sebelum menjalinkan kerjasama.

Raja Kamarul Bahrin berkata, amanat yang dikeluarkan pada tahun 1981 itu memberi impak besar dalam kehidupan penyokong parti apabila tidak memakan daging sembelihan pihak lain, bersembahyang dua imam dalam waktu dan masjid sama dan akad nikah semula kerana keraguan akad oleh pihak lain.

Beliau berkata, amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih relevan, kecuali beliau membuat kenyataan rasmi memohon maaf terhadap UMNO.

Menurutnya, sekiranya Pas tidak menarik balik gelaran itu, bermakna parti itu juga disifatkan kafir kerana menjalin kerjasama dengan UMNO yang dilabel sebagai kafir sebelum ini.


KUALA TERENGGANU: Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu berpendapat Pas perlu menarik balik amanat Hadi yang mengkafirkan UMNO manakala UMNO pula perlu menarik balik tuduhan Pas sebagai sebuah parti ajaran sesat sebelum menjalinkan kerjasama.

Senada dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu tersebut, pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, amanat Hadi banyak mempengaruhi pengikut Pas hingga berlakunya perpecahan dalam keluarga mahupun sahabat.




“Benar seperti kenyataan Dr Mahathir, isu ini perlu diperbetulkan dengan satu penarikan balik (amanat) sebelum perjanjian dimeterai.

“Isu ini amat mendalam kesannya khususnya bagi masyarakat Terengganu dan seluruh negara secara amnya,” katanya.

Menurut beliau, banyak pihak berasa hairan Pas dan UMNO mahu memeterai perjanjian tanpa sebarang perubahan atau penarikan balik tuduhan yang disifatkan sebagai ‘tajam dan dashyat’ selepas BN berjaya ditumbangkan Pakatan Harapan.

“Pengikut Pas dan UMNO ramai hairan bagaimana situasi ini boleh wujud.

“Adakah semata-mata kerana pimpinan mereka mabuk dan inginkan kuasa, mereka sanggup bekerjasama tanpa perdamaian sebenarnya di akar umbi ?

“Adakah mereka berlaku adil kepada penyokong mereka? Kerana kehendak pemimpin yang idamkan kuasa, pengorbanan serta prinsip perjuangan penyokong mereka disia-siakan?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Raja Kamarul Bahrin berkata, amanat yang dikeluarkan pada tahun 1981 itu memberi impak besar dalam kehidupan penyokong parti apabila tidak memakan daging sembelihan pihak lain, bersembahyang dua imam dalam waktu dan masjid sama dan akad nikah semula kerana keraguan akad oleh pihak lain.

Akibat amanat itu juga katanya, UMNO mula menuduh Pas sebagai sebuah parti ajaran sesat yang telah menyeleweng.

“Pertembungan di bawah antara pengikut kedua dua parti amat parah dan mendalam melibatkan terjejasnya pertalian keluarga dan silaturahim.

“Oleh itu isu ‘kafir-mengkafir’ oleh Pas dan isu ‘parti ajaran sesat’ oleh UMNO perlu di selesaikan oleh pemimpin mereka demi maruah penyokong setia kedua-dua parti tersebut yang telah banyak berkorban dan ada yang telah menjadi korban.

“Akibat percaturan rakus politik pemimpin mereka yang mabuk kuasa dan yang telah hilang prinsip perjuangan asal parti, pengorbanan silam penyokong setia mereka telah disia siakan,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, Pas perlu menarik balik kenyataan yang melabel UMNO sebagai kafir sebelum kedua-dua parti itu memeterai piagam UMNO-Pas Sabtu ini.

Beliau berkata, amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih relevan, kecuali beliau membuat kenyataan rasmi memohon maaf terhadap UMNO.

Menurutnya, sekiranya Pas tidak menarik balik gelaran itu, bermakna parti itu juga disifatkan kafir kerana menjalin kerjasama dengan UMNO yang dilabel sebagai kafir sebelum ini.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...