Giliran PPBM persoal rancangan usul percaya PAS

Mukhriz mempersoalkan kaedah digunakan Pas sekiranya mahu mengekalkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal Parlimen ke-14. Sumber (gambar): Fail TTF

ڬيليرن ڤڤبم ڤرسوال رانچڠن اصول ڤرچاي ڤاس

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam mempersoal tindakan Pas yang berhasrat mengemukakan usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula bulan depan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, dengan jumlah Pas hanya mempunyai 19 Ahli Parlimen, jumlah itu tidak mencukupi untuk beroleh majoriti dalam dewan.

Semalam, TTF mempersoal perkara yang sama apabila berkata tidak ada makna PAS mengemukakan Usul Percaya ke Sidang Parlimen akan datang bagi menyatakan sokongan kepada Mahathir.

TTF menulis, usul percaya tidak akan membuktikan apa-apa walau apa pun keputusan yang dicapai, memandangkan mandat sudah pun diberikan secara sah kepada Mahathir dan tidak perlu diulang ataupun dibuktikan.


SUBANG JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam mempersoal tindakan Pas yang berhasrat mengemukakan usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula bulan depan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, dengan jumlah Pas hanya mempunyai 19 Ahli Parlimen, jumlah itu tidak mencukupi untuk beroleh majoriti dalam dewan.




Beliau turut mempersoalkan kaedah digunakan Pas sekiranya mahu mengekalkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal Parlimen ke-14.

“Macam mana mereka mahu usulkan dengan hanya 19 kerusi dalam Parlimen. Saya tak pasti apa kaedah dan keperluan Pas berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian watikah jemputan Kontinjen Kedah ke Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal di Wisma Darul Aman hari ini.

Kenyataan Mukhriz merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang berkata PAS akan kemukakan usul menyokong kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, atas kepentingan awam.

Menurut PAS, kesemua 19 Ahli PAS akan beri sokongan kepada Dr Mahathir sehingga akhir penggal Parlimen ke-14.

Semalam, TTF mempersoal perkara yang sama apabila berkata tidak ada makna PAS mengemukakan Usul Percaya ke Sidang Parlimen akan datang bagi menyatakan sokongan kepada Mahathir.

TTF menulis:

Perdana Menteri sudahpun diberikan mandat oleh majoriti ahli parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan tugas sebagai ketua kerajaan Malaysia.

Loading...

Mandat ini turut bersangkut dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14, di mana pada ketika itu, rakyat yang mengundi Pakatan Harapan sedia maklum bahawa gabungan berkenaan meletakkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

Justeru, Mahathir secara tidak langsung diberikan mandat oleh pengundi Pakatan Harapan untuk menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya benar niat PAS adalah untuk menyatakan sokongan terhadap Mahathir, seharusnya, wakil daripada parti Islam berkenaan sepakat mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Mahathir.

Ini memandangkan sistem demokrasi berparlimen membenarkan usul undi tidak percaya bagi membuktikan mandat yang sudahpun diberikan kepada seseorang yang menerajui kerajaan tidak lagi relevan.

Usul percaya tidak akan membuktikan apa-apa walau apa pun keputusan yang dicapai, memandangkan mandat sudah pun diberikan secara sah kepada Mahathir dan tidak perlu diulang ataupun dibuktikan.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...