Giliran Rosmah minta pasport dikembalikan untuk temani anak yang bakal bersalin

Rosmah berkata, beliau merancang perjalanan dari hujung Oktober hingga awal Disember, dan mengharapkan kerjasama polis serta Jabatan Imigresen. Sumber (gambar): Fail TTF

ڬيليرن روسمه مينتا ڤسڤورة دكمباليقن اونتوق تمني انق يڠ باكل برسالين

Setelah permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman diluluskan, kini Datin Seri Rosmah Mansor pula membuat permohonan.

Menurut laporan, Mahkamah Tinggi menetapkan Jumaat bagi permohonan Rosmah untuk pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkannya ke Singapura untuk menemani anaknya Nooryana Najwa yang bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Pasport Rosmah diserahkan sebagai syarat jaminan selepas beliau didakwa di mahkamah pada 2019.

Beliau dituduh meminta RM187.5 juta daripada kontraktor Saidi Abang Samsudin serta menerima RM6.5 juta daripadanya.

Nooryana dan suaminya, rakyat Kazakhstan Daniyar Kessikbayev, kini menetap di Singapura.

Pasport Rosmah diserahkan sebagai syarat jaminan selepas beliau didakwa di mahkamah pada 2019.

Rosmah yang diarahkan membela diri akan menyambung keterangannya di mahkamah pada 21 Okt.

Beliau dituduh meminta RM187.5 juta daripada kontraktor Saidi Abang Samsudin serta menerima RM6.5 juta daripadanya.

Wang itu didakwa untuk membantu memastikan syarikat Saidi, Jepak Holdings Sdn Bhd, mendapat projek bernilai RM1.25 bilion itu.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Zahid supaya pasportnya dikembalikan.

Zahid menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Loading...

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...