
ڬوبيند: اسماعيل صبري جاڠن هارڤ رعيت تريما سهاج ڤنموان سچ برهوبوڠ كيس عزم باكي
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak sepatutnya berharap rakyat menerima sahaja keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) membersihkan nama Azam Baki daripada sebarang salah laku jika beliau sendiri tidak mampu menjelaskan penemuan itu, kata Gobind Singh Deo.
Dalam catatan Facebook hari ini, Ahli Parlimen Puchong itu berkata, gesaan Ismail agar pembangkang menerima pandangan SC berhubung keputusan kes Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu menunjukkan “kegagalan menyeluruh” kepimpinannya dan kerajaan menangani masalah institusi.
Gobind juga meminta Ismail melihat Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan menghormati hakikat bahawa Peguam Negara, bukan Perdana Menteri atau SC yang harus memutuskan sama ada sebarang tindakan perlu diambil dalam kes ini.
“Peguam Negara yang seharusnya berbuat demikian selepas semua pihak berkuasa yang berkenaan sama ada polis, SC atau sesiapa sahaja yang berkaitan, menyelesaikan siasatan mereka terhadap perkara itu dan memberikan hasil siasatan dan laporan mereka kepadanya. Ini adalah proses yang mesti dihormati,” katanya.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak sepatutnya berharap rakyat menerima sahaja keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) membersihkan nama Azam Baki daripada sebarang salah laku jika beliau sendiri tidak mampu menjelaskan penemuan itu, kata Gobind Singh Deo.
Dalam catatan Facebook hari ini, Ahli Parlimen Puchong itu berkata, gesaan Ismail agar pembangkang menerima pandangan SC berhubung keputusan kes Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu menunjukkan “kegagalan menyeluruh” kepimpinannya dan kerajaan menangani masalah institusi.
Gobind berkata, Ismail mesti menerima hakikat bahawa orang ramai berhak mempersoalkan keputusan pihak berkuasa, bukannya semata-mata menerima keputusan tersebut.
“Dalam kes ini, tiada alasan diberikan pada awalnya yang menjelaskan mengapa siasatan tidak dapat memutuskan bahawa Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 telah dilanggar. Apabila pihak tersebut ditekan untuk memberikan jawapan, SC mengeluarkan kenyataan kedua.
“Kenyataan itu merujuk kepada bukti bebas yang nampaknya bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Azam pada sidang media 10 Jan,” katanya.
“Saya mahu Perdana Menteri menjelaskan perkara ini. Jika beliau tidak mampu, maka siapakah beliau untuk meminta orang ramai agar menerima sahaja keputusan yang sedemikian?”
Gobind juga meminta Ismail melihat Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan menghormati hakikat bahawa Peguam Negara, bukan Perdana Menteri atau SC yang harus memutuskan sama ada sebarang tindakan perlu diambil dalam kes ini.
“Peguam Negara yang seharusnya berbuat demikian selepas semua pihak berkuasa yang berkenaan sama ada polis, SC atau sesiapa sahaja yang berkaitan, menyelesaikan siasatan mereka terhadap perkara itu dan memberikan hasil siasatan dan laporan mereka kepadanya. Ini adalah proses yang mesti dihormati,” katanya.
Semalam, Ismail meminta pihak pembangkang menerima keputusan SC yang membersihkan nama Azam daripada sebarang salah laku berhubung pemilikan saham korporat.
“Kita terimalah keputusan SC. Jangan kita minta supaya beliau (Azam) disiasat dan apabila disiasat, keputusan dibuat, kita masih tak puas hati.
“Jangan kita fikir kita ikut kehendak kita,” katanya.
Sumber:
WAJIB BACA:
Kenyataan Azam Baki bahawa Suruhanjaya Sekuriti mendapati beliau ‘tidak lakukan kesalahan’ sah palsu
