
ڬوميز: كڽاتأن ابو زاهر، عزم دده اد باڽق مسئله دالم سڤرم
Kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika sidang akhbar pada Rabu sebenarnya telah mendedahkan lebih banyak masalah dalam agensi tersebut.
Pakar ekonomi, Profesor Dr Edmund Terence Gomez mendakwa, kenyataan kedua-dua individu tersebut menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan serta menimbulkan ‘kebimbangan yang amat mendukacitakan’ berkaitan kepentingan perniagaan milik Azam.
“Adakah pentadbiran dalam SPRM begitu lemah? Bolehkah lembaga penasihat bertindak secara saksama serta sewajarnya apabila menangani dakwaan serius ketidakwajaran oleh pegawai kanan SPRM?
“Adakah jawapan Azam telah menimbulkan persoalan undang-undang dan peraturan baharu tentang kepentingan perniagaannya?” soal beliau.
SHAH ALAM: Kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika sidang akhbar pada Rabu sebenarnya telah mendedahkan lebih banyak masalah dalam agensi tersebut.
Pakar ekonomi, Profesor Dr Edmund Terence Gomez mendakwa, kenyataan kedua-dua individu tersebut menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan serta menimbulkan ‘kebimbangan yang amat mendukacitakan’ berkaitan kepentingan perniagaan milik Azam.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Beliau berkata, ramai yang mengharapkan jawapan lebih jelas daripada Abu Zahar berhubung dakwaan serius terhadap Azam berkaitan pemilikan saham bernilai jutaan ringgit.
“Banyak yang diharapkan daripada sidang akhbar itu kerana Abu Zahar telah berjanji untuk menjelaskan mengapa beliau tidak mengambil tindakan apabila dakwaan serius mengenai kepentingan perniagaan Azam dibawa kepada perhatiannya.
“Banyak juga yang diharapkan daripada Azam kerana dia tidak bercakap secara terbuka mengenai dakwaan ini sejak pertama kali muncul beberapa bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA JUGA: NAJIB TERSILAP PECAH LUBANG SENDIRI
Gomez berkata, kenyataan kedua-duanya turut menimbulkan tiga persoalan teras.
“Adakah pentadbiran dalam SPRM begitu lemah? Bolehkah lembaga penasihat bertindak secara saksama serta sewajarnya apabila menangani dakwaan serius ketidakwajaran oleh pegawai kanan SPRM?
“Adakah jawapan Azam telah menimbulkan persoalan undang-undang dan peraturan baharu tentang kepentingan perniagaannya?” soal beliau.
Sumber:
WAJIB BACA:
Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh
