Gopal Sri Ram: Dakwaan Apandi Ali palsu, cubaan untuk tolong Najib gagalkan kes 1MDB

Menurut Sri Ram, portal berita itu di bawah kawalan adik ipar Apandi, iaitu adik kepada isterinya dan Mohamed Apandi memaklumkan bahawa ‘cybertrooper’ itu menerima gaji daripada Najib. Sumber (gambar): Fail TTF

ڬوڤل سري رام: دعوأن اڤندي علي ڤلسو، چوبأن اونتوق تولوڠ نجيب ڬاڬلكن كيس 1مدب

Datuk Seri Gopal Sri Ram menafikan pertemuannya dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari 2018 pernah menyebut bahawa beliau dihantar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi memujuk Peguam Negara ketika itu menahan dan mendakwa Datuk Seri Najib Razak.

Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata beliau ke rumah Mohamed Apandi atas kapasiti profesional.

Sri Ram berkata, afidavit sokongan Mohamed Apandi ialah cubaan untuk menolong Najib bagi menggagalkan perbicaraan kes rasuah 1MDB dan pindaan laporan 1MDB.

Beliau berkata, jarak masa yang singkat antara kenyataan Facebook oleh Mohamed Apandi dan tarikh sambung bicara yang ditetapkan menunjukkan itu usaha untuk menggagalkan perbicaraan dengan apa jua cara.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Gopal Sri Ram menafikan pertemuannya dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari 2018 pernah menyebut bahawa beliau dihantar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi memujuk Peguam Negara ketika itu menahan dan mendakwa Datuk Seri Najib Razak.

Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata beliau ke rumah Mohamed Apandi atas kapasiti profesional.




Beliau berkata, pada waktu itu Mohamed Apandi dan isterinya menjadi sasaran serangan ‘cybertrooper’ melalui artikel yang memburukkan dan mengkritiknya dalam portal berita Malaysian Insider.

Katanya, portal berita itu di bawah kawalan adik ipar Apandi, iaitu adik kepada isterinya dan Mohamed Apandi memaklumkan bahawa ‘cybertrooper’ itu menerima gaji daripada Najib.

Katanya, serangan itu menyebut mengenai ketidaksetiaan, penyalahgunaan dan ketidakcekapan Mohamed Apandi selaku Peguam Negara.

“Malangnya, isterinya yang tiada kaitan dengan dakwaan itu juga dijadikan subjek serangan hanya kerana adiknya mengawal Malaysian Insider.

“Apandi kecewa dengan serangan itu. Saya menasihati beliau, terdapat keterangan dalam pengetahuan awam terhadap Najib dan ia adalah jelas tugas beliau bahawa Najib ditangkap dan didakwa,” katanya.

Sri Ram berkata demikian bagi menjawab afidavit sokongan Mohamed Apandi dalam permohonan Najib untuk membatalkan kelayakan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes pindaan Laporan Pengauditan 1MDB yang dihadapinya.

Afidavit balasan Sri Ram itu difailkan semalam di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Loading...

Bekas Perdana Menteri itu memohon perisytiharan bahawa ada konflik kepentingan antara pelantikan Sri Ram dan khidmat beliau (Sri Ram) sebagai peguam bela serta peguam cara.

Sri Ram berkata, afidavit sokongan Mohamed Apandi ialah cubaan untuk menolong Najib bagi menggagalkan perbicaraan kes rasuah 1MDB dan pindaan laporan 1MDB.

Beliau berkata, jarak masa yang singkat antara kenyataan Facebook oleh Mohamed Apandi dan tarikh sambung bicara yang ditetapkan menunjukkan itu usaha untuk menggagalkan perbicaraan dengan apa jua cara.

Katanya, ia susulan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan perbicaraan kes meminda Laporan Audit 1MDB sehingga permohonan membatalkan kelayakannya (Sri Ram) diputuskan mahkamah.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...