GPS nafi dakwan Ahmad Maslan wujud persetujuan sokong BN bentuk kerajaan selepas PRU15

GPS ialah gabungan yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang merupakan bekas parti komponen BN. Sumber (gambar): Fail TTF

ڬڤس نافي دعوان احمد مسلن وجود ڤرستوجوان سوكوڠ بن بنتوق كراجأن سلڤس ڤرو15

Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini (Selasa, 8 November 2022) menafikan laporan bahawa persetujuan telah dicapai untuk gabungan itu menyokong Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Premier Sarawak berkata setakat ini tiada perjanjian sedemikian dibuat gabungan itu dengan BN.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang memetik Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan BN yakin dapat membentuk kerajaan stabil selepas PRU15 dengan sokongan daripada GPS.

Dalam laporan yang diterbitkan pada 21 Oktober lepas, Ahmad juga berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat sebelum ini antara kedua-dua pakatan berkenaan.

“Saya tidak tahu mengenai itu (kerjasama dengan BN), saya juga baru baca tentangnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sarawakku Sayang di Lawas, menurut Utusan Sarawak.

TONTON: KISAH ANWAR BEKERJASAMA, SUMBANG DANA KEPADA WARGA ASING YANG SERANG KEPIMPINAN MAHATHIR

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang memetik Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan BN yakin dapat membentuk kerajaan stabil selepas PRU15 dengan sokongan daripada GPS.

Dalam laporan yang diterbitkan pada 21 Oktober lepas, Ahmad juga berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat sebelum ini antara kedua-dua pakatan berkenaan.

GPS ialah gabungan yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang merupakan bekas parti komponen BN.

Gabungan itu mengumumkan keluar BN pada Jun 2018, selepas PRU-14 apabila Barisan Nasional kalah kepada Pakatan Harapan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November ini.

Sumber:

Loading...

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...