Johan Amlis
Seperti dijanjikan Johan tempoh hari, Johan akan mempersembahkan kesan GST dan SST ke atas ke pengusaha kedai makanan.
Untuk itu, Johan telah mengambil contoh kedai makanan segera kegemaran Johan, iaitu KFC. Yelah, rata-rata orang Malaysia suka makan KFC. Tahu tak Malaysia pernah tersenarai negara paling banyak makan ayam di dunia. Ayam berkaki dua, tau. Bukan ayam lampu merah. Eh, itu pun berkaki dua. Cuma sekarang makin banyak dah kat Malaysia.
Balik kat topik kita ni. Kerajaan baru ni kata, nak kenakan SST 10% kat pengeluar dan pengilang, dan 6% saje kat perkhidmatan. Jadi adalah orang kata 10% + 6% jadi 16%. Cai kerajaan pun hentam kata ni tipu. Cuma 6 persen je depa cakap.
Meh sini kita lihat pengiraannya.
Johan lihat kesan SST ke atas 1 peringkat pengeluar aje. Kalau dua peringkat, mesti kos dia bertambah lagi. Dua peringkat berlaku apabila SST dikenakan lebih daripada 2 peringkat dalam value chain. Tak tau pulak cam mana nak terjemah value chain ke Melayu. Value tu nilai. Chain tu rantai. Eh, boleh pulak. Nilai rantai.
Ambik contoh pengilang bungkusan dalam contoh ni yang beli plastik dari pengeluar plastik dan pewarna dari pengeluar warna. Dia akan kena SST kat pengeluar plastik dan pengeluar warna. Untuk tidak rugi bayar cukai, semestinya si pengeluar bungkusan tadi akan caj margin keuntungan ke atas SST tadi. Dan bila dia jual, akan kena SST lagi. Oleh sebab takde elemen cukai input, cukai akan dikenakan atas cukai atas cukai atas cukai. Jadilah pekan Chukai, Terengganu.
Kerajaan cakap 6% je SST kan? Bila ambik kira cukai SST peringkat pengeluaran bahan lain kat pengilang bahan mentah, ini meningkat pula.
Ingat ya. Dalam contoh ni, kesannya cuma naik sampai jadi 7.26% sebab kos utamanya adalah ayam berkaki dua dan berkepak. Ayam jenis ni tak kena SST. Sama juga di bawah GST, dia tak kena GST. Bayangkan kalau kos utama dia perlu kena SST, berapalah agaknya kesan percukaian dua peringkat ni? 16%?
Sebagai perbandingan.
Margin pengeluar 20%.
Margin restoran 50%.
Harga semua anggaran je.
Selamat membaca agar hidup anda tidak diselubungi misteri.
