
ڬوان اڠ: دڤ سديا ڤرتيمبڠ تاورن اسماعيل صبري
Sertai saluran Telegram TTF di sini
DAP menyatakan kesediaan mempertimbangkan tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk pimpinan pembangkang menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, bagaimanapun pertimbangan itu akan diberikan asalkan pembangkang benar-benar dibenarkan menjalankan fungsi mereka dalam pembabitan tersebut dan bukan hanya untuk mencukupi syarat.
Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya pada Ahad menawarkan kerjasama dengan blok pembangkang menerusi MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
SHAH ALAM: DAP menyatakan kesediaan mempertimbangkan tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk pimpinan pembangkang menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, bagaimanapun pertimbangan itu akan diberikan asalkan pembangkang benar-benar dibenarkan menjalankan fungsi mereka dalam pembabitan tersebut dan bukan hanya untuk mencukupi syarat.
“Demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian, DAP sanggup mempertimbangkan tawaran untuk kepimpinan pembangkang menyertai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
“Asalkan bukan sekadar tangkap muat dan menjadi ‘rubber stamp’ kerajaan semata-mata.
“Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya menerusi Twitter pada Ahad.
Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya pada Ahad menawarkan kerjasama dengan blok pembangkang menerusi MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
Sumber:
