Guan Eng dijangka bertemu polis Khamis ini berhubung kenyataan 2019

Lim yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang tidak menyatakan kenyataan mana yang disiasat polis. Sumber (gambar): Fail TTF

ڬوان اڠ دجڠك برتمو ڤوليس خميس اين برهوبوڠ كڽاتأن 2019

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berdepan beberapa tuduhan rasuah berkata polis melancarkan satu lagi siasatan terhadapnya berhubung dua kenyataan yang dibuat pada 2019.

Lim berkata, polis memaklumkan peguamnya Gobind Singh Deo, yang juga Ahli Parlimen Puchong, bahawa mereka mahu menyoal siasatnya.

Pada Jun depan, Lim akan dibicarakan atas beberapa pertuduhan rasuah berkait projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang dilancarkan semasa beliau menjadi ketua menteri.

Beliau dituduh meminta potongan 10% daripada hasil yang dijana daripada projek terowong dasar laut dan pembinaan jalan utama dan menyalahgunakan kuasanya untuk memperoleh RM3.3 juta dalam rasuah bagi projek berkenaan.


PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berdepan beberapa tuduhan rasuah berkata polis melancarkan satu lagi siasatan terhadapnya berhubung dua kenyataan yang dibuat pada 2019.

Lim berkata, polis memaklumkan peguamnya Gobind Singh Deo, yang juga Ahli Parlimen Puchong, bahawa mereka mahu menyoal siasatnya.




“Saya mungkin akan bertemu polis pada hari Khamis, (Ini) “hadiah” Krismas daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN),” kata Lim.

Lim yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang tidak menyatakan kenyataan mana yang disiasat polis namun mendakwa ia “tindakan penganiayaan politik (terbaru) oleh PN”.
Beliau menuduh kerajaan PN menyalahguna agensi penguatkuasaan terhadap pembangkang.

Pada Jun depan, Lim akan dibicarakan atas beberapa pertuduhan rasuah berkait projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang dilancarkan semasa beliau menjadi ketua menteri.

Beliau dituduh meminta potongan 10% daripada hasil yang dijana daripada projek terowong dasar laut dan pembinaan jalan utama dan menyalahgunakan kuasanya untuk memperoleh RM3.3 juta dalam rasuah bagi projek berkenaan.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...