Guan Eng jangan cuba ‘halalkan’ keganasan LTTE

Raggie Jessy Rithaudeen

Setiausaha agong DAP Lim Guan Eng semalam mendakwa orang awam akan mempersoal tindakan polis menahan mereka yang disyaki terlibat dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) kerana kumpulan tersebut tidak lagi beroperasi dan tidak disebut dalam laporan terkini Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersabit keganasan.




Hakikatnya, apa yang dikatakan Lim ada unsur kebenarannya, memandangkan LTTE tidak lagi difikirkan wujud dan jarang disebut dalam mana-mana laporan keganasan di mana-mana pelusuk dunia kerana versi asal organisasi tersebut tidak lagi wujud.

Bagaimanapun, maklumat berikut turut benar:

1. Kerajaan Malaysia (yang turut diwakili Guan Eng) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mendakwa LTTE masih wujud.

2. Sebaliknya, PDRM mengambil tindakan terhadap beberapa individu – termasuk empat ahli DAP yang berjawatan dan seorang ahli PKR – atas dakwaan terlibat dalam operasi rahsia menghidupkan LTTE di Malaysia dan mungkin juga di Sri Lanka dan (atau) kawasan lain di dunia.

3. Tindakan PDRM terhadap individu-individu terbabit berdasarkan bukti yang diperolehi menerusi siasatan yang menunjukkan penglibatan mereka dalam aktiviti yang amat mencurigakan, termasuk mempromosi dan menyebarkan fahaman ideologi LTTE.

4. PDRM turut merampas barangan bersabit dengan LTTE daripada individu-individu berkenaan dan mengesan transaksi wang dalam jumlah yang teramat besar yang disyaki bertujuan menghidupkan semula organisasi keganasan tersebut.

5. Lebih dari 30 buah negara di seluruh dunia (termasuk AS) melabelkan LTTE sebagai “organisasi keganasan berbahaya” dan tidak pernah melucutkan label tersebut sehingga kini.

6. Justeru, biarpun LTTE tidak lagi difikirkan wujud, ini tidak bermaksud organisasi tersebut tidak pernah terjebak dengan aktiviti keganasan atau sudah dilucutkan label keganasannya oleh pihak kerajaan AS.

Loading...

7. Tidak ada maknanya jika kerajaan AS terus menyebut LTTE dalam laporannya sekiranya organisasi tersebut tidak mendatangkan apa-apa bahaya kepada rakyat AS kerana difikirkan tidak lagi wujud.

8. Kerajaan AS turut akan memerlukan masa untuk menyiasat perkembangan-perkembangan terkini melibatkan oganisasi keganasan tersebut, termasuk penangkapan beberapa ahlinya oleh pihak berkuasa Sri Lanka baru-baru ini, memandangkan perkembangan-perkembangan ini adalah baru dan berlaku jauh dari AS.

Nota: Penangkapan ini mengesahkan kerajaan Sri Lanka masih menganggap LTTE sebagai organisasi berbahaya yang mengancam keselamatan penduduknya.

9. Guan Eng dan DAP tidak pernah mengucapkan tahniah secara terbuka kepada PDRM kerana bekerja keras untuk membanteras keganasan LTTE.

10. Sebaliknya, beliau menegur Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dengan nada yang amat keras sambil meminta pihak polis “memberi tumpuan terhadap penyiasatan daripada memutarbelit kenyataan pemimpin.” 

Seharusnya, Guan Eng lebih bertanggungjawab sebagai seorang menteri dan menghubungi Ayob secara peribadi untuk mendapatkan penjelasan sekiranya berlaku apa-apa salah faham daripada mengeluarkan kata-kata biadap dan celupar.

11. Guan Eng terus-menerus membuat dakwaan luarbiasa yang dilihat memihak kepada LTTE tetapi tidak pernah meminta diadakan “mesyuarat tergempar majlis presiden PH” ataupun “mesyuarat tergempar Jemaah menteri (kabinet)” untuk membincangkan isu berkenaan.

Ini mencadangkan beliau tidak pernah berniat untuk menyelesaikan isu penangkapan ahli-ahli DAP bawah SOSMA menerusi saluran rasmi dan lebih cenderung “mengelirukan umum” dengan bertindak sebagai “pembangkang dalam kerajaan.”

Ia turut mencadangkan beliau tahu dari awal penangkapan yang dibuat oleh PDRM bawah SOSMA adalah sahih kerana ahli-ahli DAP yang ditangkap sememangnya terlibat dengan aktiviti keganasan.

12. Ini menjurus kepada situasi yang teramat pelik, dimana seorang pemimpin kanan kerajaan dilihat sedang mengkritik kerajaan yang sama secara terbuka di umum atas keputusan yang diambil oleh kerajaan berkenaan.

13. Guan Eng turut tidak mengendahkan konflik kepentingan yang timbul apabila beliau mengarahkan Ramkarpal Singh dan RSN Rayer untuk membela mereka yang ditahan di bawah SOSMA atas tuduhan terlibat dengan LTTE (lihat rajah di bawah).

14. Ramasamy sendiri mengaku terlibat dengan Jawatankuasa Hal-Ehwal Perlembagaan LTTE (LTTE Constitutional Affairs Committee) yang berpusat di Sri Lanka, di mana jawatankuasa ini melibatkan rundingan pendamaian antara kerajaan Sri Lanka dan sebuah kumpulan “aktivis LTTE.”

15. Ini mengesahkan interaksi antara Ramasamy dan “sekumpulan pengganas LTTE” yang diiktiraf kewujudannya oleh kerajaan Sri Lanka, sekaligus mencadangkan LTTE masih wujud biarpun dalam bentuk yang lain.

16. Kedua-dua Guan Eng dan DAP tidak pernah mempersoalkan penglibatan Ramasamy dengan rundingan pendamaian di Sri Lanka biarpun tahu ianya tidak melibatkan kerajaan Malaysia dalam apa jua kapasiti.

17. DAP seharusnya cemas dengan penglibatan Ramasamy, kerana bukan hanya LTTE merupakan sebuah organisasi keganasan, penglibatan beliau merupakan satu bentuk campurtangan oleh DAP dalam urusan pendamaian melibatkan kerajaan Sri Lanka dan puak pengganas.

Kesemua ini menjurus kepada cadangan bahawa DAP dan Guan Eng menyokong LTTE dan aktiviti keganasan melibatkan organisasi tersebut.

Guan Eng bebas membuat laporan polis dan (atau) memulakan tindakan perundangan terhadap saya sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan analisis saya ini.

Apapun, saya menjamin bahawa artikel ini ditulis tanpa prejudis dan dengan niat memberikan pencerahan kepada umum berkenaan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Guan Eng dan DAP berhubung isu penangkapan bawah SOSMA.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...