Guan Eng kantoi menipu berkenaan pemulangan saman AES

TTF: Pada 19hb Disember 2012, Lim Guan Eng menyarankan supaya Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan saja perlu ditarik balik, malah semua individu yang telah disaman mesti dipulangkan semula wang denda yang telah mereka bayar (lihat keratan akhbar DAP Roketkini di bawah).

Hari ini pula, Menteri Pengangkutan dari DAP, Anthony Loke Siew Fook, mengumumkan bahawa semua 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) membabitkan nilai RM435 juta yang belum dibayar sejak sistem itu dilaksanakan pada 2012, dibatalkan.

Anehnya, En Loke terlupa pula saranan Lim Guan Eng enam tahun yang leaps supaya semua individu yang telah disaman mesti dipulangkan semula wang denda yang telah mereka bayar.

Jika perkara sebegini pun boleh terlupa, masakan pula Pakatan Harapan bersungguh dalam menunaikan manifesto 100 hari mereka.

GEORGE TOWN: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan saja perlu ditarik balik, malah semua individu yang telah disaman mesti dipulangkan semula wang denda yang telah mereka bayar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail perlu berbuat demikian kerana hampir 300,000 saman telah dikeluarkan sejak kamera AES 1Malaysia dipasang di 14 lokasi sejak 23 September 2012.

Katanya, lebih banyak saman akan dikeluarkan apabila baki 817 lokasi dipasang tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhannya 831 kamera di seluruh negara.

Beliau turut gembira dengan keputusan kerajaan pusat yang menghentikan pendakwaan terhadap pemandu yang dikenakan saman AES kerana ia membuktikan pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah wajar dan tepat apabila menjadi negeri pertama di Malaysia yang menghalang pemasangan AES.

“Walaupun Abdul Gani cuba untuk melembutkan tamparan hebat kepada BN dan kredibilti Kerajaan Persekutuan dengan mendakwa bahawa langkah itu berpunca daripada kebimbangan orang ramai ke atas “undang-undang dan ciri-ciri teknikal lain” yang berkaitan dengan sistem, ia jelas menunjukkan bahawa AES telah hilang kredibiliti awam.

“Seharusnya skim kotor ini dihentikan tanpa lengah-lengah lagi kerana ia membenarkan dua syarikat kroni Barisan Nasional untuk mengaut keuntungan berdasarkan komisen daripada setiap saman trafik, yang kononnya bertujuan mengurangkan kemalangan,” katanya.

Pada masa yang sama, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mengakui bahawa kenyataan Abdul Gani bahawa saman AES masih sah di sisi undang-undang adalah betul.

Justeru, katanya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha harus menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ tersebut bagi menebus kembali kesalahan beliau kerana menyokong sistem AES yang jelas menindas rakyat secara zalim.

“Sekiranya Kong tidak berbuat demikian, beliau harus meletak jawatan kerana menjadi penyokong AES dan cuba merosakkan nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didakwanya mahu menggalakkan kemalangan berlaku,” tambah beliau.

Menurutnya, kerajaan persekutuan BN juga harus mengaku kesilapan mereka serta mengakui bahawa Pakatan Rakyat telag bertindak dengan betul dalam memansuhkan AES, di samping kerajaan persekutuan mesti membayar balik semua saman yang telah dibayar atas kemarahan rakyat terhadap projek kroni ini.

Sumber: Roketkini

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...