Guan Eng kepada Ayob Khan: Tumpu buat siasatan, jangan putarbelit kenyataan saya

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memang sentiasa memberikan sokongan kepada polis, namun agensi keselamatan itu tidak wajar membuat kenyataan tidak relevan terutama berkaitan kenyataan medianya sebelum ini. Sumber (gambar): TTF

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini meminta polis memberi tumpuan siasatan menyeluruh kes berkaitan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia daripada membuat sebarang kenyataan tidak berasas.

Menurutnya, kenyataan media dikemukakannya sebelum ini juga diputarbelitkan segelintir media apabila beliau hanya merujuk perkataan ‘wakil rakyat’ dan bukan parti.

“Saya tidak pernah sebut hendak halang siasatan polis. Mana-mana pihak jangan putar belit kenyataan saya.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta agar polis diberi ruang sepenuhnya untuk menyiasat gerakan kumpulan itu tanpa sebarang gangguan dan tekanan.


KUALA LUMPUR: Polis diminta memberi tumpuan siasatan menyeluruh kes berkaitan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia daripada membuat sebarang kenyataan tidak berasas.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memang sentiasa memberikan sokongan kepada polis, namun agensi keselamatan itu tidak wajar membuat kenyataan tidak relevan terutama berkaitan kenyataan medianya sebelum ini.




Menurutnya, kenyataan media dikemukakannya sebelum ini juga diputarbelitkan segelintir media apabila beliau hanya merujuk perkataan ‘wakil rakyat’ dan bukan parti.

“Saya tidak pernah sebut hendak halang siasatan polis. Mana-mana pihak jangan putar belit kenyataan saya.

“Saya harap (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman) Datuk Ayob (Khan Mydin Pitchay) baca kenyataan saya dan jangan putar belit kenyataan seorang pemimpin negara.

“Polis diharap tumpukan masa untuk buat siasatan daripada keluar komen tidak relevan daripada kenyataan yang saya tidak buat,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, Guan Eng ketika ditanya mengenai kenyataannya menyatakan tiada wakil rakyat akan ditahan polis selepas ini, beliau mendedahkan mendapat taklimat daripada seorang individu.

“Saya tidak akan beritahu siapa berikan taklimat itu tetapi saya rasa maklumat diberikan untuk dimaklumkan kepada menteri,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta agar polis diberi ruang sepenuhnya untuk menyiasat gerakan kumpulan itu tanpa sebarang gangguan dan tekanan.

Loading...

Katanya, dalam isu berkaitan jenayah dan ancaman negara, polis perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan dengan segala kepakaran yang ada.

“Kita harus beri ruang kepada polis selesaikan masalah jenayah, masalah keganasan. Bagi ruang polis untuk tidak rasa tertekan dengan begitu banyak gangguan sebab itu dalam kes penahanan ini, saya serah kepada budi bicara polis dan KDN untuk menanganinya.

“Pasal Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA), itu soal lain. Tidak mahu ganggu oleh demikian, saya tidak fikir wajar dipersoal proses siasatan yang dikendalikan polis sekarang,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...