
ڬوان اڠ مينتا ڤردان منتري جلسكن سبب كورڠ اس$5 بيلياون
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini mendakwa kerajaan Perikatan Nasional kekurangan akauntabiliti awam dan ketelusan.
Menurut laporan, Lim berkata, ini susulan sikap membungkam Putrajaya terhadap kritikan mengenai dakwaan “penyelesaian memberangsangkan” AS$3.9 bilion dengan kumpulan Goldman Sachs.
Penyelesaian yang dimaksudkan dicapai antara Putrajaya dan Goldman minggu lepas, di mana Goldman bersetuju membayar AS$2.5 bilion dalam bentuk tunai dan jaminan untuk pengembalian penuh sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion dari segi aset yang berkait dengan hasil yang diseleweng.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Subang Wong Chen menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan syarat penuh perjanjian penyelesaian dengan bank antarabangsa Goldman Sachs berkait skandal 1MDB.
PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini mendakwa kerajaan Perikatan Nasional kekurangan akauntabiliti awam dan ketelusan.
Menurut laporan, Lim berkata, ini susulan sikap membungkam Putrajaya terhadap kritikan mengenai dakwaan “penyelesaian memberangsangkan” AS$3.9 bilion dengan kumpulan Goldman Sachs.
Penyelesaian yang dimaksudkan dicapai antara Putrajaya dan Goldman minggu lepas, di mana Goldman bersetuju membayar AS$2.5 bilion dalam bentuk tunai dan jaminan untuk pengembalian penuh sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion dari segi aset yang berkait dengan hasil yang diseleweng.
Lim menyoal sama ada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia atau tidak untuk menjelaskan perkara itu kepada orang ramai memandangkan penyelesaian itu sebenarnya ‘menguntungkan’ Goldman, bukan Malaysia.
“Titik kritikal bahawa Goldman membayar AS$2.5 bilion dan bukannya AS$3.9 bilion malah ini diakui oleh firma itu.
“Pengumuman akhbar Goldman Sachs mengenai perjanjian bertarikh 24 Julai mengesahkan bahawa Goldman dan bukannya kerajaan Malaysia yang memperoleh penyelesaian baik dalam membayar AS$2.5 bilion untuk merungkai semua proses jenayah dan prosiding di Malaysia terhadap Goldman.
“Bukan sahaja pertuduhan jenayah terhadap 17 pengarah mereka sekarang dan bekas pengarah mereka digugurkan, malah tidak ada tuduhan lanjut akan dikenakan terhadap Goldman, anak syarikatnya, atau mana-mana pengarah, pegawai dan pekerja mereka (tidak termasuk bekas pegawai Tim Leissner dan Roger Ng) yang berkaitan dengan 1MDB,” beliau dilaporkan sebagai berkata dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Subang Wong Chen menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan syarat penuh perjanjian penyelesaian dengan bank antarabangsa Goldman Sachs berkait skandal 1MDB.
Beliau berkata penyelesaian sebanyak AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bukan penyelesaian terakhir dan terbaik, memandangkan kerugian bersih akibat skandal 1MDB dianggarkan sekitar RM40 bilion hingga RM50 bilion, “bergantung pada apa yang dapat terima balik”.
Lim memetik Goldman sebagai berkata, pada prinsipnya, perjanjian itu akan membabitkan pembayaran AS$2.5 bilion kepada kerajaan Malaysia dan negara ini juga akan menerima hasil sekurang-kurangnya aset bernilai AS$1.4 bilion berkaitan dengan 1MDB yang disita di seluruh dunia.
Berkaitan dengan jaminan tersebut, Goldman berkata, pihaknya melakukan analisis penilaian terhadap aset erkaitan dan percaya bahawa jaminan tersebut tidak menunjukkan pendedahan risiko yang signifikan kepada firma berkenaan.
Menurut Lim, Goldman secara tidak langsung menegaskan bahawa jaminan AS$1.4 bilion yang akan diterima oleh Malaysia dari aset yang berkaitan dengan 1MDB yang dirampas oleh pihak berkuasa di seluruh dunia tidak mungkin menyebabkan firma tersebut membuat pembayaran yang signifikan.
“Pendedahan Goldman kemungkinan terbatas kepada pembayaran tunai AS$2.5 bilion yang dijanjikan oleh Goldman,” tambahnya.
THE THRID FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
