Guan Eng, Mohamad Sabu mempertahan Mahathir, mengaku calonkan Shafie Apdal

Guan Eng dan Mohamad turut menolak pandangan blok pembangkang akan terus kekal sebagai pembangkang dan menunggu pilihan raya umum seterusnya. Sumber (gambar): Fail TTF

ڬوان اڠ، محمد سابو ممڤرتاهن محضير، مڠاكو چالونكن شافعي اڤدل

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengesahkan beliau mencadangkan nama Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk dijadikan calon ketiga sebagai Perdana Menteri blok pembangkang dengan sokongan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Dalam satu kenyataan bersama pemimpin DAP dan Amanah itu, mereka menjelaskan bekas Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berminat untuk menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga tetapi menawarkan diri untuk jawatan itu hanya bagi membantu menewaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dr Mahathir dengan senang hati bersetuju terhadap cadangan menjadikan Mohd Shafie calon Perdana Menteri dalam masa dua minit sahaja selepas ia diajukan oleh Amanah dan DAP.

“Selain mengurangkan rasa tidak senang PKR terhadap Dr Mahathir, Mohd Shafie akan menjadi pilihan bersejarah sebagai pemimpin pertama dari Sabah atau Sarawak yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama semalam.


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengesahkan beliau mencadangkan nama Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk dijadikan calon ketiga sebagai Perdana Menteri blok pembangkang dengan sokongan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Dalam satu kenyataan bersama pemimpin DAP dan Amanah itu, mereka menjelaskan bekas Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berminat untuk menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga tetapi menawarkan diri untuk jawatan itu hanya bagi membantu menewaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN).




Menurutnya, langkah mencalonkan Mohd Shafie sebagai calon ketiga Perdana Menteri selain Dr Mahathir dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan membantu meleraikan kebuntuan antara kedua-dua pemimpin utama blok pembangkang itu.

Dalam konteks ini (rundingan calon Perdana Menteri), Guan Eng telah mencadangkan dengan sokongan Mohamad supaya Mohd Shafie dijadikan calon ketiga untuk membantu meleraikan kebuntuan antara Dr Mahathir dan Anwar.

“Dr Mahathir dengan senang hati bersetuju terhadap cadangan menjadikan Mohd Shafie calon Perdana Menteri dalam masa dua minit sahaja selepas ia diajukan oleh Amanah dan DAP.

“Selain mengurangkan rasa tidak senang PKR terhadap Dr Mahathir, Mohd Shafie akan menjadi pilihan bersejarah sebagai pemimpin pertama dari Sabah atau Sarawak yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka berkata demikian bagi menjawab kenyataan Dr Mahathir sebelum ini yang menjelaskan cadangan pencalonan nama Mohd Shafie sebagai Perdana Menteri blok pembangkang adalah datang daripada Guan Eng.

Kenyataan Dr Mahathir itu bagaimanapun dinafikan Anwar yang menegaskan beliau masih mempercayai kata-kata daripada Guan Eng berbanding bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Bagaimanapun, dalam mendepani situasi politik terkini, Guan Eng dan Mohamad menegaskan jalan ke hadapan adalah dengan memberikan peluang pertama kepada Anwar kembali untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi blok dipanggil PH Plus.

Loading...

Menurutnya, sekiranya Anwar gagal meraih sokongan ahli Parlimen mencukupi bagi menumbangkan kerajaan PN, Mohd Shafie wajar diberikan peluang serupa kerana kedua-dua pemimpin dipilih berasaskan sokongan kukuh 109 orang ahli Parlimen.

“Kami tidak bersetuju dengan idea bahawa PH boleh berunding dengan sesiapa sahaja dengan berbekalkan 91 kerusi dengan mengesampingkan kumpulan Dr Mahathir dan Warisan.

“Kami juga tidak bersetuju dengan idea bahawa perubahan boleh berlaku dengan hanya 71 ahli Parlimen tanpa penglibatan 38 ahli Parlimen PKR.

“Kami berpendapat bahawa sama ada Anwar atau Shafie dengan berbekalkan 109 ahli Parlimen sesiapa yang berjaya mendapat angka untuk mencukupkan angka 112 ahli Parlimen wajar diberi peluang mengetuai kerajaan gabungan itu nanti sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Guan Eng dan Mohamad turut menolak pandangan blok pembangkang akan terus kekal sebagai pembangkang dan menunggu pilihan raya umum seterusnya.

Menurut mereka, sebarang formula untuk menang PRU seterusnya secara sendirian sebagai PH atau tanpa PH adalah formula sukar.

“Hanya PH Plus yang melibatkan PH, Warisan dan kumpulan Dr Mahathir merupakan kombinasi boleh menang dalam PRU akan datang.

“Kekuatan bersama ini mesti menjadi premis asas bukannya perkumpulan pembangkang yang berpecah-belah dan lemah,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...