Guan Eng nafi tuduhan Belanjawan 2020 abai Sarawak

Lim Guan Eng mendakwa Sarawak adalah antara negeri menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2020 dengan pelbagai peruntukan digunakan untuk tujuan pembangunan meliputi semua sektor di negeri ini. Source (pic): TTF Files

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menafikan tuduhan pihak tertentu kononnya kerajaan Persekutuan berat sebelah dalam pembahagian peruntukan dan ini dibuktikan dengan Sarawak penerima kedua tertinggi selepas Sabah iaitu menerima peruntukan Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM4.4 bilion untuk tahun 2020.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata prihatin dengan pembangunan di Sarawak, kerajaan Persekutuan bercadang untuk menggandakan pemberian khas di bawah perkara 112D Perlembagaan Persekutuan mulai tahun depan kepada RM32 juta berbanding RM16 juta yang disalurkan sejak 1969.

Mengenai cadangan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) membabitkan hampir 6,000 rumah panjang serta kampung di Sarawak pada tahun depan, beliau berkata, Kementerian Kewangan bersedia memberi peruntukan kewangan sewajarnya bagi memantapkan organisasi itu.

Menurutnya, penubuhan MPKK adalah untuk memudahkan saluran peruntukan kewangan dari kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan pelbagai projek di luar bandar selain daripada membentuk barisan pemimpin akar umbi sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri Sarawak selepas PRN12 diadakan.


MIRI: Sarawak adalah antara negeri menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2020 dengan pelbagai peruntukan digunakan untuk tujuan pembangunan meliputi semua sektor di negeri ini.

Sehubungan itu , Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menafikan tuduhan pihak tertentu kononnya kerajaan Persekutuan berat sebelah dalam pembahagian peruntukan dan ini dibuktikan dengan Sarawak penerima kedua tertinggi selepas Sabah iaitu menerima peruntukan Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM4.4 bilion untuk tahun 2020.




“Jumlah RM4.4 bilion adalah untuk 621 projek di Sarawak pada tahun 2020 meningkat berbanding RM4.3 bilion bagi 569 projek di negeri ini pada tahun 2019,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Tahunan Ke-19 DAP Sarawak di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata prihatin dengan pembangunan di Sarawak, kerajaan Persekutuan bercadang untuk menggandakan pemberian khas di bawah perkara 112D Perlembagaan Persekutuan mulai tahun depan kepada RM32 juta berbanding RM16 juta yang disalurkan sejak 1969.

Nota: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan

www.thethirdforce.net

 “Bagi menunjukkan keprihatinan kepada rakyat Sarawak, kerajaan Persekutuan bercadang untuk meningkatkan kadar itu sehingga RM64 juta dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau berkata, di bawah Belanjawan 2020 peruntukan RM400 juta akan disalurkan bagi membaiki sekolah daif di Sarawak membuktikan kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan isu sekolah daif di Sarawak.

“Kerajaan persekutuan mengambil langkah untuk berkongsi hasil dengan perkongsian hasil 50 peratus daripada hasil cukai pelancongan yang dipungut di negeri masing-masing apabila pada Mac 2019 kerajaan Sarawak menerima RM2.6 juta yang merupakan 50 peratus kutipan cukai pelancongan di Sarawak pada tahun 2018,” katanya.

Mengenai cadangan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) membabitkan hampir 6,000 rumah panjang serta kampung di Sarawak pada tahun depan, beliau berkata, Kementerian Kewangan bersedia memberi peruntukan kewangan sewajarnya bagi memantapkan organisasi itu.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan bersetuju dengan penubuhan MPKK sebagai persiapan peringkat akar umbi untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 yang diadakan dalam tempoh setahun setengah lagi.

Loading...

Menurutnya, penubuhan MPKK adalah untuk memudahkan saluran peruntukan kewangan dari kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan pelbagai projek di luar bandar selain daripada membentuk barisan pemimpin akar umbi sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri Sarawak selepas PRN12 diadakan.

Source:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...