Guan Eng terkejut dan gembira kes rasuah beliau dimansuhkan

Tun Carlos

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menggugurkan dua kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dalam skandal pembelian banglo dan tanah.

Guan Eng menghadapi dua pertuduhan:

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No. 25, Jalan Pinhorn, Georgetown di sini daripada ahli perniagaan Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan, nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui bahawa Li Koon mempunyai hubungan dan kepentingan dengan tugas-tugas rasminya (Guan Eng).

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah.

Sebulan selepas Tommy Thomas, Ketua Peguam Negara baru telah dilantik Kerajaan Pakatan Harapan, kedua-dua mereka telah mengemukakan representasi semula kepada Jabatan Peguam Negara pada 6 Julai 2018.

Sehubungan dengan itu Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail telah membuat keputusan menarik semula semua pertuduhan terhadap mereka berdua.

Beliau berkata, kedua-dua mereka dibebaskan dengan segera tanpa perlu dipanggil semula pada masa akan datang.

Sementara itu, Guan Eng semasa ditemui di luar kamar mahkamah berasa sangat terkejut dan gembira dengan keputusan tersebut.

Baru-baru ini, kes rasuah1.5 billion Shafie Apdal juga telah digugurkan dan beliau tidak akan didakwa. Seperti Guan Eng, Shafie Apdal juga turut terkejut dan gembira malah seronok.

Comments

Comments