Guan Eng timbulkan keraguan pengundi Tanjung Piai terhadap calon PPBM

Guan Eng sudah menimbulkan keraguan di kalangan pengundi Tanjung Piai terhadap kemampuan calon PH dengan memberi persepsi seolah-olah gabungan tersebut rapuh dan bakal runtuh disebabkan perbalahan dalaman. Sumer (gambar): TTF

Pengakuan Lim Guan Eng bahawa wujud rasa tidak gembira dalam kalangan ahli DAP untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dilihat berunsur sabotaj dan tidak konsisten dengan pendirian ayahnya, Lim Kit Siang.

Sebelum ini, ketika ditanya berkenaan luahan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang mendakwa DAP sedang cuba menggulingkannya, Kit Siang berkata beliau hanya akan mengulas selepas PRK selesai.

Permainan “good cop bad cop” sebegini merupakan senjata perpecahan yang telah lama digunakan oleh DAP, di mana pucuk pimpinan parti tersebut akan mengambil dua watak – satu negatif, dan satu lagi positif.

DAP tahu, permainan sebegini mampu menimbulkan keraguan yang mungkin tidak pernah wujud sambil memberi persepsi seolah-olah DAP merupakan sebuah parti yang tidak hipokrit kerana sanggup berbincang yang pahit dan manis.


SUBANG JAYA: Pengakuan Lim Guan Eng bahawa wujud rasa tidak gembira dalam kalangan ahli DAP untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dilihat berunsur sabotaj dan tidak konsisten dengan pendirian ayahnya, Lim Kit Siang.

Sebelum ini, ketika ditanya berkenaan luahan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang mendakwa DAP sedang cuba menggulingkannya, Kit Siang berkata beliau hanya akan mengulas selepas PRK selesai.




“Saya rasa beliau telah menjelaskan bahawa ia diambil di luar konteks. Dalam apa jua keadaan, ini adalah satu perkara yang perlu diambilkira selepas pilihan raya kecil ini,” kata Lim ketika ditemui di Kukup, Johor.

Kit Siang memberi persepsi seolah-oleh kenyataan Ahmad “terpencil,” tidak mewakili sentimen DAP dan tidak harus dibincangkan buat ketika ini bagi memastikan kemenangan calon PPBM.

Lain pula dengan Guan Eng, yang terang-terang memberi gambaran seolah-olah DAP tidak berpuas hati dengan PPBM dan calon parti tersebut.

Permainan “good cop bad cop” sebegini merupakan senjata perpecahan yang telah lama digunakan oleh DAP, di mana pucuk pimpinan parti tersebut akan mengambil dua watak – satu negatif, dan satu lagi positif.

DAP tahu, permainan sebegini mampu menimbulkan keraguan yang mungkin tidak pernah wujud sebelum ini sambil menanpilkan DAP sebagai sebuah parti yang tidak hipokrit kerana sanggup berbincang yang pahit dan manis.

Dalam hal ini, Guan Eng sudah menimbulkan keraguan di kalangan pengundi Tanjung Piai terhadap kemampuan calon PH dengan memberi gambaran seolah-olah gabungan tersebut rapuh dan bakal runtuh disebabkan perbalahan dalaman.

Saya difahamkan bahawa kempen pintu-ke-pintu PH tidak meyakinkan pengundi kerana hampir tiada penglibatan ahli-ahli DAP dan PKR, berbeza dengan Barisan Nasional, di mana ketiga-tiga MCA, MIC dan UMNO dilihat berganding bahu setiap masa.

Loading...

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...