Amran Ahmad Nor
Serius, saya dah cukup muak, bosan dengan taktik Lim Guan Eng yang tiap kali mengumumkan pemberian dana kepada sama ada orang atau institusi Islam. Dulu dengan mendabik dada beliau umum naikkan elaun imam, pada bilal, para hafiz di Pulau Pinang, kali ini sekolah pondok pula.
Saya nak tanya Guan Eng yang cuba nak tunjuk beliau dan DAP yang kononnya tak anti Islam – kenapa tak umum berapa banyak yang beliau hamburkan untuk persatuan penganut dewa dewi, tokong, kuil dan pelbagai tok sami serta institusi bukan Islam semasa jadi ketua menteri Pulau Pinang.
Apakah beliau takut rakyat terutama orang Islam tercengang bila nampak berapa banyak yang diberikan kepada bukan Islam? Apakah DAP takut akan dituduh sebagai menganak-tirikan Islam jika beliau dedahkan berapa banyak dana yang diberikan kepada penganut agama lain.
Jadi, siapa sebenarnya yang rasis sekarang? Saya nak pesan kepada orang Melayu Islam agar tak terpedaya dengan taktik Guan Eng sebab sebenarnya apa yang beliau bagi kepada institusi bukan Islam jauh lebih besar, berlipat kali ganda dari apa yang diberikan kepada sekolah pondok.
