Habis pemimpin Amanah Johor ‘dilondehkan’ Khairuddin Abu Hassan

Sebuah terbitan online yang memetik Serudin sebagai berkata saranan Khairuddin agar Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi bersama PH jelas dilihat sebagai hasutan terhadap gabungan berkenaan. Sumber (gambar): Fail TTF

هابيس ڤميمڤين أمانه جوهر ءدلوندهكنء خير الدين ابو حسن

Timbalan Ketua Pemuda Amanah negeri Johor, Serudin Soud, dikira “mentah dalam arena politik negara” dan harus “cerminkan mukanya” terlebih dahulu.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut berkata Serudin lebih berupa ‘kaki bodek’ dan tidak berhujah bersandarkan fakta.

“Andaikata Anwar Ibrahim dan PH tidak menghormati lagi Tun Dr Mahathir Mohamad, maka salahkan sekiranya saya sarankan agar mantan perdana menteri itu tinggalkan saja PH,” tanya Khairuddin.

Rabu lalu, Khairuddin mendakwa terdapat pemimpin Perikatan Nasional yang cuba memujuk Mahathir untuk bersama dalam kerajaan sebagai ‘Menteri Mentor’ (Menteri Penasihat Utama).

“Lebih baik Tun terima saja tawaran sebagai ‘menteri mentor’ untuk terus membantu membangunkan semula Malaysia Baharu bersama kerajaan PN yang masih menghormati beliau.”


SUBANG JAYA: Timbalan Ketua Pemuda Amanah negeri Johor, Serudin Soud, dikira “mentah dalam arena politik negara” dan harus “cerminkan mukanya” terlebih dahulu.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut berkata Serudin lebih berupa ‘kaki bodek’ dan tidak berhujah bersandarkan fakta.




“Kalau beliau belum kenal siapa itu Anwar Ibrahim lebih baik duduk diam, jangan cuba hendak tunjuk pandai serta nak mengampu semata-mata.

“Mestilah saya bersuara dengan pendirian Anwar Ibrahim yang ‘tempang’ itu. Kenyataan Anwar Ibrahim tidak menguntungkan PH langsung,” kata Khairuddin menerusi satu kenyataan awal pagi ini.

Kenyataan tersebut merujuk kepada sebuah terbitan online yang memetik Serudin sebagai berkata saranan agar Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi bersama PH jelas dilihat sebagai hasutan terhadap gabungan berkenaan.

“Dia (Khairuddin) siapa untuk mencatur urusan PH dan sekiranya nasihat, bukanlah dengan mengaibkan orang lain serta mempertikai soal perjuangan seseorang itu.

“Kena ingat, Khairuddin bertanding pun atas ihsan PH tidak seperti Anwar Ibrahim yang memang sedari dulu berjuang untuk menggerakkan kekuatan bagi menjatuhkan BN sebelum kehadiran dia (Khairuddin) dalam arena politik pembangkang.

“Lebih baik dia diam dari terus mengeluarkan kenyataan seperti ‘batu api’ untuk memecahkan gandingan Tun dan Anwar,” dakwa Serudin.

Khairuddin, bagaimanapun, berkata Anwar Ibrahim sendiri menjauhkan dirinya daripada Mahathir tanpa perlu sesiapa membantu atau memintanya berbuat demikian.

Loading...

“Kenapa Anwar Ibrahim keluarkan kenyataan bahawa PH hanya terdiri dari PKR, AMANAH dan DAP saja?

“Di mana kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan para penyokongnya dari PPBM yang masih berpegang pada prinsip PH?

“Malahan, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri berkata beliau ingin duduk di kerusi sebelah pembangkang pada pembukaan sesi parlimen akan datang.

“Tetapi si Anwar pulak menidakkan keujudan mantan perdana menteri yang pernah memimpin PH sehingga kita menang pru14 dulu.

“Andaikata Anwar Ibrahim dan PH tidak menghormati lagi Tun Dr Mahathir Mohamad, maka salahkan sekiranya saya sarankan agar mantan perdana menteri itu tinggalkan saja PH?

“Kalau tak ada fakta; secara jujur dan ikhlas, saya nasihatkan Serudin Soud agar duduk diam- diam, tolong jangan ajar ‘itik berenang,” kata Khairuddin.

Beliau kemudian mengungkit penentangan beliau terhadap Anwar sejak zaman mereka masih bersama UMNO.

“Untuk makluman Serudin Soud, saya sudah lawan kemungkaran anwar ibrahim sejak tahun 1998.

“Berapa umur Serudin di kala itu dan di mana timbalan ketua pemuda Amanah Johor berada pada saat tersebut?

Rabu lalu, Khairuddin mendakwa terdapat pemimpin Perikatan Nasional yang cuba memujuk Mahathir untuk bersama dalam kerajaan sebagai ‘Menteri Mentor’ (Menteri Penasihat Utama).

“Lebih baik Tun terima saja tawaran sebagai ‘menteri mentor’ untuk terus membantu membangunkan semula Malaysia Baharu bersama kerajaan PN yang masih menghormati beliau.

“Sekurang-kurangnya sehingga kini pemimpin-pemimpin kerajaan PN masih merayu dan memujuk Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menganggotai perikatan mereka.

“Selagi Anwar Ibrahim ‘syok’ sendiri menyatakan dia tokoh pemimpin utama PH maka selagi itulah Tun Dr Mahathir Mohamad tidak petlu buang masa dengan PH.

“Rakyat akan tolak PH kerana tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia.

“Senario dan lanskap politik malaysia berubah juga adalah kerana pemimpin-pemimpin UMNO, PAS, GPS, sebahagian PKR serta PPBM tidak mahu terima Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia.

“Ya, Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik negara.”

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...