Habis Wee Ka Siong dilondehkan Anthony Loke [VIDEO DISERTAKAN]

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Lihatlah kualiti dan tahap ilmu yang ada pada pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ PN dan pemimpin PH (video bawah).

Perumpamaan di antara YB Anthony Loke dengan Wee Ka Siong dapatlah diibaratkan seperti ‘langit dan bumi’.

YB Anthony Loke telah mempamerkan kualiti perbahasan sebagai mantan menteri kabinet yang mampu berbahas berteraskan pada fakta nyata.




Amat sukar bagi menteri pengangkutan kerajaan ‘tebuk atap’ PN untuk berdolak dalih lagi.

Ini juga membuktikan bahawa YB Anthony Loke adalah seorang pemimpin yang amat ‘hand on’ pada tugasannya!! Sebab itu beliau amat ‘knowledgeable’ dalam apa saja bidang di bawah kementeriannya pada suatu masa dahulu.

Kualiti perbahasan YB Anthony Loke berdasarkan fakta nyata yang amat dikagumi.

Kualiti dan ilmu pengetahuan yang ada pada YB Anthony Loke dibandingkan dengan Wee Ka Siong juga adalah terlalu jauh untuk dibuat perbandingan.

Rakyat akan terus memilih serta mengekalkan wakil-wakil rakyat yang berilmu seperti YB Anthony Loke.

Ahli-ahli parlimen lain harus jadikan ini sebagai satu contoh dan teladan yang mana kita harus buat persediaan rapi secara mendalam sebelum hendak membentangkan atau berbahas dalam dewan rakyat.

Kualiti seperti inilah yang rakyat hendak lihat.

Loading...

KITA ‘ANGKAT TOPI’ BUAT YB ANTHONY LOKE!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...