Hadi: Ada dalam PKR sendiri tidak terima Anwar, jadi biarlah Tun kekal sampai habis penggal

Datuk Seri Hadi Awang, berkata kepemimpinan Mahathir diterima baik majoriti Ahli Parlimen, berbeza dengan Anwar Ibrahim, yang tidak diterima sebahagian ahli partinya sendiri. Sumber (gambar): Astro Awani

Menurut Datuk Seri Hadi Awang, PAS teguh dengan pendirian supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, biarpun wujud perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH) untuk Anwar mengambil alih teraju kerajaan sebagai Perdana Menteri kelapan, Dr Mahathir sewajarnya diberi peluang meneruskan mandat rakyat kerana keupayaannya mengendali dan menyelesaikan masalah negara.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Anwar yang membayangkan akan mengambil alih tampuk pentadbiran negara sekitar tahun depan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam satu temu bual dengan wartawan Bloomberg Television, Haslima Amin berkata, biarpun tiada tarikh tepat, peralihan kuasa yang akan menyaksikan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan menggantikan Dr Mahathir, itu dijangka berlaku pada 2020.


MARANG: PAS teguh dengan pendirian supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata kepemimpinan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu diterima baik majoriti Ahli Parlimen, berbeza dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak diterima sebahagian ahli partinya sendiri.




Beliau berkata, biarpun wujud perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH) untuk Anwar mengambil alih teraju kerajaan sebagai Perdana Menteri kelapan, Dr Mahathir sewajarnya diberi peluang meneruskan mandat rakyat kerana keupayaannya mengendali dan menyelesaikan masalah negara.

“Masalah negara bukan masalah peribadi, sebab itu bagi PAS, biar Dr Mahathir memimpin lagi sehingga tamat penggal.

“Beliau sendiri dapat mengendalikan urusan (negara) ini dan kita perlu seorang Perdana Menteri yang boleh diterima majoriti Ahli Parlimen.

“Oleh sebab itulah alasan kita supaya Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri. Pendirian kita itu bukan alasan yang tidak berpijak (di bumi nyata),” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Anwar yang membayangkan akan mengambil alih tampuk pentadbiran negara sekitar tahun depan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam satu temu bual dengan wartawan Bloomberg Television, Haslima Amin berkata, biarpun tiada tarikh tepat, peralihan kuasa yang akan menyaksikan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan menggantikan Dr Mahathir, itu dijangka berlaku pada 2020.

Ditanya adakah sokongan kuat kepada Dr Mahathir membawa maksud PAS tidak yakin dengan kepemimpinan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, Hadi berkata, Dr Mahathir dipilih rakyat pada PRU-14.

Loading...

“Dari segi peraturannya begitulah, sebab pada PRU-14 rakyat pilih PH kerana Dr Mahathir jadi Perdana Menteri. Anwar tak masuk PRU-14, beliau dipilih masa pilihan raya kecil (PRK Parlimen Port Dickson), (jadi) PRK tak boleh jadi ukuran.

“PAS dan UMNO boleh terima Dr Mahathir, majoriti Ahli Parlimen dan sebahagian PKR pun terima beliau.

“Tetapi PKR sendiri berpecah dan Anwar hanya mendapat sokongan sebilangan ahli PKR, selain sebahagian pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH),” katanya.

Sumber:


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...