Hadi akhirnya mengaku Mahathir melakukan perkara betul menentang BN-UMNO yang dikaitkan rasuah, salah laku

Menurut Hadi, ahli UMNO sendiri mahukan perubahan dan telah melakukan dengan meninggalkan parti itu. Sumber (gambar): Berta Harian

هادي اخيرڽ مڠاكو محضير ملاكوكن ڤركارا بتول مننتڠ بن-امنو يڠ دكايتكن رسواه، ڤڽليويڠن

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru bangsa Johor supaya melakukan perubahan kepemimpinan kerajaan negeri ke arah yang lebih baik dengan memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac ini.

Menurutnya selama 60 tahun lebih pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah berlaku penyalahgunaan kuasa, salah laku dan rasuah, yang menyebabkan pentadbiran parti itu perlu diubah.

“Tun Dr Mahathir (Mohamad)… Tan Sri Muhyiddin (Yassin) ikut bersama menolak UMNO,” katanya. Beliau dipercayai merujuk kepada langkah kedua-dua pemimpin itu yang mahu melakukan perubahan setelah terbongkar salah laku dan rasuah dilakukan pemimpin atasan UMNO, khususnya berkaitan skandal 1MDB.

Dua pemimpin utama UMNO dan BN yang sekarang ini berdepan tindakan undang-undang ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru bangsa Johor supaya melakukan perubahan kepemimpinan kerajaan negeri ke arah yang lebih baik dan tidak salah memilih 12 Mac ini.

Menurutnya selama 60 tahun lebih pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah berlaku penyalahgunaan kuasa, salah laku dan rasuah, yang menyebabkan pentadbiran parti itu perlu diubah.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Hari ini kita melihat penyakit rasuah dan salah laku berleluasa dalam masyarakat. Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan petunjuk kepada kita bahawa Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.

BACA: SURAT TERBUKA KEPADA NAJIB RAZAK

“Penyakit rasuah ini harus kita hapuskan daripada terus merebak ke dalam masyarakat,” katanya pada ceramah umum sempena PRN Johor di bilik gerakan PAS kawasan Bakri di Muar, malam tadi.

Malah, katanya ahli UMNO sendiri mahukan perubahan dan telah melakukan dengan meninggalkan parti itu.

“Orang UMNO nak buat perubahan… menyebabkan orang UMNO meninggalkan UMNO dan tubuh parti Bersatu.

“Tun Dr Mahathir (Mohamad)… Tan Sri Muhyiddin (Yassin) ikut bersama menolak UMNO,” katanya. Beliau dipercayai merujuk kepada langkah kedua-dua pemimpin itu yang mahu melakukan perubahan setelah terbongkar salah laku dan rasuah dilakukan pemimpin atasan UMNO, khususnya berkaitan skandal 1MDB.

Dua pemimpin utama UMNO dan BN yang sekarang ini berdepan tindakan undang-undang ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kedua-duanya berdepan puluhan tuduhan jenayah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan berbilion-bilion ringgit yang dilakukan ketika mereka menjadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika BN memerintah sebelum 2018.

Loading...

Ekstrak dari:

WAJIB BACA:

Surat terbuka kepada Najib Razak – jangan selindung fakta ini dari rakyat (Pendedahan)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...