
Apa yang menjadikan rakyat marah dan tidak tenteram ialah “politik darjat” serta “kuku besi” yang diamalkan oleh kerajaan yang terus menerus bercakaran, bercatur dan berpolitik tak tentu hala tatkala rakyat disuruh “duduk diam di rumah” dan “kurang berpolitik”
Raggie Jessy Rithaudeen
هادي اوڠ ڤرلو برهنتي ڤوتر عالم، اكوا ءكماروك كواسء كراجأن يڠ ماكين ممضرتكن رعيت
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya ada pihak yang tidak berhenti daripada amalan “politiking” dan sangat bernafsu mahu mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri amat mengejutkan.
Ini kerana apa yang Hadi utarakan bertepatan dengan sikap yang dipamirkan oleh kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional sendiri, yang terang-terang mengerah sepenuh tenaga ‘menakluki’ negeri-negeri yang ditadbir pembangkang tidak lama selepas Langkah Sheraton.
Tindakan ini menyebabkan segala usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri-negeri berkenaan tergendala bagi tempoh masa tertentu, termasuk di Kedah dan Perak di mana berlaku pergelutan kuasa.
Di Sabah pula, percakaran antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional bagi memegang jawatan Ketua Menteri menjurus kepada Pilihan Raya Negeri, yang akhirnya mencetus kegilaan dalam penularan wabak Covid-19 yang tidak pernah surut sehingga kini.
Penularan ini menjadikan kehidupan berjuta rakyat Malaysia yang sedia terkekang dan terhimpit disebabkan PKP 1.0 lebih seksa apabila PKP 2.0 dan 3.0 serta “Lockdown Penuh” yang separuh masak dilaksanakan.
Kesemua ini gara-gara sikap kemaruk kuasa dan kedudukan yang jelas dipamirkan oleh kepimpinan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang terlalu kyusuk berpolitik dan bercakaran sambil bertungkus lumus mengganggu gugat kestabilan politik negeri-negeri pembangkang.
Apa yang menjadikan rakyat marah dan tidak tenteram ialah “politik darjat” serta “kuku besi” yang diamalkan oleh kerajaan yang terus menerus bercakaran, bercatur dan berpolitik tak tentu hala tatkala rakyat disuruh “duduk diam di rumah” dan “kurang berpolitik.”
Malah, bukan hanya menteri PAS sendiri pernah melanggar SOP dan cuba menipu pada awalnya bahawa beliau tidak bersalah, kepimpinan PAS cuba ‘menghalalkan’ kesalahannya dengan memetik dalil dan memutarbelit keadaan dengan kisah burung hud-hud.
Akhirnya, rakyat yang menderita dan ekonomi negara merudum, semuanya disebabkan ‘dosa-dosa’ pentadbiran yang berjaya membawa negara ke ambang kehancuran.
Apakah Hadi tidak nampak semua ini?
WAJIB BACA:
