‘Hadi bertanggungjawab sepenuhnya tiga ADUN PAS derhaka titah Sultan Perak’

“Hadi sehingga hari ini hanya membawa PAS ke lubang kehancuran menerusi penipuan” – Shukur. Sumber (gambar): TTF

Shukur Mohamad

ءهادي برتڠڬوڠجواب تيڬ ادون ڤاس درهاك تيته سلطان ڤراقء

Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memaklumkan permohonannya untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah diperkenan baginda.

Menurut Malaysiakini, Hadi bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh dia dibenarkan menghadap Sultan Perak.

“Kita telah sembah permohonan dan sudah diterima (saya)… tak mahu beri tarikh bila (akan menghadap).




“Tiba masa kita akan menghadap,” katanya pada sesi dialog di ibu pejabat PAS hari ini.

Namun, seandainya benar Sultan Perak memberi perkenan untuk Hadi menghadapnya, lazimnya, satu tarikh akan diputuskan dan dimaklumkan kepada Hadi oleh pihak Istana.

Tetapi memandangkan Hadi enggan mendedahkan tarikh dia dibenarkan menghadap, timbullah persoalan samada Seri Paduka Baginda Tuanku sekadar perkenan permohonan Hadi atau memberi perkenan untuk Hadi menghadapnya.

Apa pun, Hadi tidak boleh lari dari hakikat bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tiga ADUN PAS yang menderhakai titah Sultan Perak.

Malah, Hadi turut menyebabkan salah seorang ADUN PAS itu menangis kerana kehilangan jawatan EXCO.

Hadi Awang juga menyebabkan rakyat yang berada di dalam kesusahan membayar gaji beliau sebagai Duta Khas ke Timur Tengah , satu jawatan yang pada hemat saya tidak membawa sebarang faedah buat masa ini.

Jika dilihat, Hadi sehingga hari ini hanya membawa PAS ke lubang kehancuran menerusi penipuan.

Loading...

Inilah orang sama yang telah menyesatkan orang-orang PAS pada satu ketika dulu dengan fatwa kononnya PAS perlu menentang UMNO , hari ini entah ke mana fatwa dia pun tak tau lah…..

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda…

“Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur, orang jujur dianggap bohong, pengkhianat dianggap amanah, orang amanah dianggap pengkhianat,  ketika itu , orang Ruwaibidhah berbicara”

Ada orang bertanya, “Siapa Ruwaibidhah itu?”

Nabi menjawab, “orang bodoh yang menguruskan urusan Islam” (HR Ibnu Majah)

Korang rasa sabda Nabi 1400 tahun dahulu di tujukan kepada siapa (dalam konteks negara kita) sekarang?

SAJA NAK BAGITAU sekali lagi…iya…sekali lagi… ABU JAHAL itu fasih berbahasa arab, berjubah meleret, berjanggut dan selalu keluar masuk Makka , tapi AKHIRNYA ALLAH LAKNAT JUA.

Aku harap sangat Sultan Perak tidak akan perkenan Hadi untuk menghadap.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...