Hadi: Biar Anwar dedah bukti dulu, baru saya jawab

GBN telahpun membuat laporan polis terhadap Anwar atas tuduhan menyimpan bukti yang mampu mengesahkan bahawa dakwaan Dato’ Ambiga Sreenevasan kononnya Dato’ Seri Najib Tun Razak menyogok kepimpinan tertinggi PAS dengan dana bernilai RM90 juta yang dicuri dari 1MDB adalah palsu. Sumber (gambar): Fail TTF

PAS bersikap terbuka dan mengalu-alukan pendedahan yang ingin dibuat oleh Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap parti itu.

Katanya, biar Anwar dedah dahulu barulah PAS boleh jawab kerana parti itu bersikap terbuka.

Ketika ditanya mengenai setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, rakyat sendiri boleh menilai bagaimana manifesto yang diwar-warkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu.


KUALA TERENGGANU: PAS bersikap terbuka dan mengalu-alukan pendedahan yang ingin dibuat oleh Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap parti itu.

Namun, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS tidak boleh menjawab selagi Anwar tidak dedahkan kelemahan itu.




Katanya, biar Anwar dedah dahulu barulah PAS boleh jawab kerana parti itu bersikap terbuka.

“Sila, biar dia (Anwar) dedah dululah, baru boleh jawab. Dia tak dedah kita tak boleh nak jawab.

“Kita bersedia, memang kita nak tahu apa kita punya kelemahan, kita terbuka,” tegasnya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Meraikan Rombongan Kerajaan Kelantan Ke Negeri Terengganu di Duyong Convention Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam tadi.

Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Presiden PKR itu yang mahu mendedahkan rahsia pembohongan PAS kepada umum, ketika bercakap di Kelantan, beberapa hari lalu.

Ketika ditanya mengenai setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, rakyat sendiri boleh menilai bagaimana manifesto yang diwar-warkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu.

Bahkan, katanya rakyat juga boleh menilai berapa peratus yang boleh dilaksanakan dalam tempoh yang dijanjikan itu.

“Saya rasa mereka sendiri tak sangka, mereka mampu laksanakan itu. Itu terpulang kepada mereka.

Loading...

“Kita laksanakan apa yang kita janji. Kita tak bertanggungjawab apa yang mereka janji,” jelasnya.

Sementara itu, katanya mengenai projek ECRL dan pembayaran royalti itu kebaikan untuk rakyat dan dialu-alukan kerana janji.

Apa yang penting, kata beliau, di negeri yang PAS perintah akan dilaksanakan janji-janji itu mengikut kadar kemampuannya.

Rombongan kerajaan Kelantan itu diketuai oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob bersama Exco dan wakil rakyat.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...