
هادي دعوا اد اورڠ هوبوڠي ءببراڤ كالي’، تاور سرتاي كراجأن
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendedahkan dihubungi “orang tertentu” beberapa kali yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.
“Ada orang hubungi saya…beberapa orang acap kali nak berjumpa dengan tawaran untuk menyertai kerajaan. PAS ada 43 kerusi…PKR 30 sahaja. Dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu, 19 sahaja Islam.
“Dalam keadaan PKR, DAP pula, tiga Melayu dari 40 kerusi, 37 kerusi bukan Melayu. Kalau campur gabungan itu, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Jejak Nabi Muhammad dan Syarahan Perdana di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Dalam pada itu, Hadi berkata, PAS sepatutnya diberi peranan di hadapan untuk memimpin kerajaan kerana mempunyai kerusi yang lebih.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendedahkan dihubungi “orang tertentu” beberapa kali yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.
Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tawaran itu dan berkata, sepatutnya ia memberi “kelebihan kepada PAS” kerana mempunyai kerusi yang lebih berbanding parti lain.
Katanya, tetapi itu tidak berlaku kerana PAS hanya berfungsi untuk menyumbang peningkatan jumlah kerusi bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semata-mata.
TONTON: ISU DANA JUDI – ANWAR BOLEH DIDAKWA KESALAHAN JENAYAH
“Ada orang hubungi saya…beberapa orang acap kali nak berjumpa dengan tawaran untuk menyertai kerajaan. PAS ada 43 kerusi…PKR 30 sahaja. Dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu, 19 sahaja Islam.
“Dalam keadaan PKR, DAP pula, tiga Melayu dari 40 kerusi, 37 kerusi bukan Melayu. Kalau campur gabungan itu, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Jejak Nabi Muhammad dan Syarahan Perdana di Pusat Dagangan Dunia (PWTC).
Dalam pada itu, Hadi berkata, PAS sepatutnya diberi peranan di hadapan untuk memimpin kerajaan kerana mempunyai kerusi yang lebih.
“Dia nak ajak PAS, tetapi PAS duduk di belakang, bukan di depan. Patutnya bila buat kerajaan, parti lebih besar memimpin. Ini dia nak suruh macam kepala ular, kecil sahaja,” katanya.
Dipetik dari:
Tajuk:
