
هادي دچابر لاڤور ڤوليس
DAP mencabar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa ada pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada puak komunis dan menolak institusi Raja.
Pada masa sama, Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lim Lip Eng, berkata Abdul Hadi juga perlu membuat laporan polis terhadap tuduhannya bahawa masih ada penerima rasuah dalam Barisan Nasional (BN) .
“Selain itu, jika benar ada puak komunis dan yang menolak raja di dalam PH, maka saya turut mencabar Abdul Hadi membuat laporan polis kerana ia membabitkan kesalahan amat serius dan perbuatan derhaka yang khianat terhadap Yang di-Pertuan Agong serta negara.
“Sekiranya Abdul Hadi gagal buat laporan polis, bermakna beliau berbohong dalam ceramah yang dibuatnya dan beliau sepatutnya meminta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat,” katanya dalam kenyataan, di sini.

KUALA LUMPUR: DAP mencabar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa ada pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada puak komunis dan menolak institusi Raja.
Pada masa sama, Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lim Lip Eng, berkata Abdul Hadi juga perlu membuat laporan polis terhadap tuduhannya bahawa masih ada penerima rasuah dalam Barisan Nasional (BN) .
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Lip Eng berkata, jika Abdul Hadi gagal membuat laporan polis dalam tempoh 48 jam, Ahli Parlimen Marang itu dituntut supaya membuat permohonan maaf.
“Saya mendesak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan daripada Abdul Hadi dengan segera.
“Ini kerana PAS pernah bersama-sama dengan BN dalam kerajaan dan kemungkinan besar Abdul Hadi memiliki maklumat mengenai kesalahan rasuah membabitkan menteri dan parti BN.
“Selain itu, jika benar ada puak komunis dan yang menolak raja di dalam PH, maka saya turut mencabar Abdul Hadi membuat laporan polis kerana ia membabitkan kesalahan amat serius dan perbuatan derhaka yang khianat terhadap Yang di-Pertuan Agong serta negara.
“Sekiranya Abdul Hadi gagal buat laporan polis, bermakna beliau berbohong dalam ceramah yang dibuatnya dan beliau sepatutnya meminta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Abdul Hadi dalam kuliah mingguan di Marang, Terengganu sebelum ini mengatakan PAS tidak boleh bersama dengan BN ‘kerana ada keruh…keruhnya masih ada penerima rasuah. Lepas itu rakus pula nak perintah lagi’.
Pada masa sama, Lip Eng berkata, Abdul Hadi turut mengeluarkan kenyataan membimbangkan apabila menuduh adanya puak komunis dan penolak institusi Raja yang dibuat tanpa memberikan sebarang asas dan bukti.
Sumber:

