‘Hadi duduk di bulan, teropong dia tak nampak kegagalan kerajaan’

Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sumber (gambar): Fail TTF

“Saya ajak Hadi untuk berdebat di mana-mana stesen televisyen pilihannya. Tajuk perdebatan ialah “PAS gagal teruk bersama kerajaan.” Berikut merupakan beberapa hujah permulaan yang saya cabar Hadi untuk nafikan”

Raggie Jessy Rithaudeen

ءڤاس ڬاڬل برسام كراجأن، ساي چابر هادي برديبتء

Semalam, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan membidas individu dan parti yang masih mendakwa kerajaan gagal menangani penularan pandemik Covid-19.

Menurutnya, belum ada mana-mana negara di dunia ini yang boleh mengaku sudah berjaya mengawal wabak itu.

Nampaknya Hadi sedang cuba putar belit keadaan dan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan “kerajaan gagal.”




Apabila rakyat menularkan hashtag kerajaan gagal, mereka bukan hanya merujuk kepada penularan wabak Covid-19, tetapi kegagalan kerajaan dari sudut politik, sosial, ekonomi, kewangan dan pendidikan.

Hadi turut tidak sedar bahawa beberapa negara di dunia sememangnya berjaya mengawal penularan wabak Covid-19, termasuk jiran kita, Singapura.

Berdasarkan perkembangan ini, saya telah mengambil kesempatan untuk merumuskan lima aspek terpilih kegagalan kerajaan yang menyebabkan rakyat meluat dan mencabar Hadi untuk menafikannya.

1. Kegagalan Politik

Tidak lama selepas Langkah Sheraton, kerajaan secara terbuka terlibat dalam misi menjatuhkan kerajaan-kerajaan negeri pimpinan pembangkang, termasuk Kedah.

Malah, di Kedah, parti yang terlibat secara langsung dalam usaha ini tidak lain dan tidak bukan parti yang diketuai oleh Hadi sendiri, PAS.

Kesemua ini dibuat tatkala negara berdepan dengan ancaman Covid-19 dan rakyat disuruh duduk diam di rumah, kononnya untuk melandaikan graf penularan Covid-19.

Tindak tanduk kerajaan akhirnya menganggu gugat usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di Kedah, Perak dan Sabah disebabkan berlaku perubahan dalam pentadbiran.

Loading...

PAS turut berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Pilihan Raya ini tercetus akibat ketidakstabilan politik yang melanda disebabkan tindak tanduk pemimpin PPBM dan UMNO yang cuba memikat ADUN WARISAN menerusi sogokkan wang, kuasa dan kedudukan.

Pilihan Raya ini menyaksikan pelanggaran SOP melibatkan puluhan ribu warga Sabah dan pemimpin-pemimpin PAS, PPBM dan UMNO di ceramah-ceramah.

Bukan hanya pemimpin-pemimpin ini berulang-alik dari Putrajaya ke Sabah, kerajaan melonggarkan terus SOP kuarantin bagi pemimpin yang kembali ke Putrajaya.

Ini menyebabkan penularan wabak Covid-19 pada tahap menggila yang tidak pernah reda sehingga hari ini.

Apakah Hadi tidak nampak semua ini?

2. Kegagalan Ekonomi

Biarpun semua negara di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur dilanda wabak Covid-19, Malaysia jatuh terus ke tangga terendah dari sudut pencapaian ekonomi.

Laporan-laporan dari badan-badan dunia, termasuk World Bank dan United Nations, mendedahkan tahap kemerosotan ini yang dikatakan berpunca daripada ketidaktentuan politik dan masalah tadbir urus negara.

Sudah pasti pelabur akan takut melabur di Malaysia, lebih-lebih lagi apabila melihat kerajaan menyogok kuasa dan kedudukan kepada ahli-ahli parlimen semata-mata untuk mendapatkan sokongan mereka, bukannya berdasarkan kelayakkan ahli-ahli parlimen ini.

Pelabur akan takut berurusan dengan kerajaan kerana syarikat-syarikat yang dikawal oleh ahli-ahli politik berkepentingan jarang telus dan akan menumpu kepada kepentingan kerajaan, bukannya pelabur.

Para pelabur turut melihat bagaimana SPRM berdiam diri meskipun mantan Ketua Polis Negara mendedahkan secara terbuka gejala rasuah dan salah guna kedudukan melibatkan seorang menteri kerajaan.

Ini menjadikan pelabur lebih takut untuk berurusan dengan syarikat-syarikat berkait kerajaan yang mungkin akan ‘dilindungi’ oleh SPRM jika berlaku tuduhan pecah amanah, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

Bagaimanakan Hadi boleh mengharapkan pelabur yakin dengan kerajaan sebegini?

3. Pelan Pemulihan Negara gagal

Malaysia telah melalui pelbagai bentuk Perintah Kawalan Pergerakan selama hanpir setahun setengah, yang merupakan antara tempoh terpanjang di dunia.

Terkini, kerajaan telah mengumumkan “Pelan Pemulihan Negara” (PPN), sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan konsep “Majlis Pemulihan Negara” (MPN).

Konsep Tun merangkumi strategi jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memulihkan negara daripada kemudaratan kesihatan, sosial, ekonomi, kewangan dan pendidikan yang dibawa oleh kerajaan ini.

Manakala itu, PPN yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan “jadual waktu” semata-mata dan dirangka untuk membawa Malaysia keluar daripada “Perintah Kawalan Pergerakan” yang tidak ada kesudahannya.

Tidak ada sebarang strategi jangka pendek, sederhana dan panjang yang dicadangkan, malah PPN berkisar di sekitar “Perintah Kawalan Pergerakan” yang nyata gagal.

Jadi bagaimanakah kerajaan boleh berharap untuk “memulihkan” negara, sedangkan kerajaan sendiri gagal memahami sebab sebenar negara tenat?

Fakta sains menunjukkan tempoh inkubasi maksimum virus penyebab wabak Covid-19 ialah 14 hari, atau dua minggu.

Jika “Total Lockdown” yang diumumkan menerusi “Pelan Pemulihan Negara” dilaksanakan seperti yang dijanjikan, iaitu menerusi penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, sudah pasti angka Covid-19 dah jatuh ke paras tiga atau dua digit selepas empat minggu dan mungkin juga berada di paras satu atau dua digit hari ini.

Malangnya, kerajaan memungkiri janji dan terus membenarkan lebih 128 ribu syarikat beroperasi pada hari ketiga “Total Lockdown.”

Kini, setelah enam minggu “Lockdown,” angka Covid-19 terus menggila malah jauh lebih tinggi daripada paras yang direkodkan pada hari pertama “Pelan Pemulihan Negara.”

Apakah yang kerajaan lakukan?

Tidak ada apa-apa.

Sebaliknya, blogger pro kerajaan dikerah untuk menyalahkan kerajaan Selangor, walhal, Selangor merupakan antara penjana ekonomi utama negara dan sudah pasti terjejas jika kerajaan pusat tidak memaksa penutupan penuh sektor ekonomi.

Ini sahaja yang mampu dilakukan oleh kerajaan, termasuk Hadi sendiri, yang kini sedang bermain propaganda untuk ‘menghalalkan’ kegagalan kerajaan.

4. Rakyat menderita

Disebabkan kegagalan kerajaan dan kekangan pergerakan yang tidak ada kesudahannya, rakyat menanggung seksa berpanjangan sehingga berlaku peningkatan mendadak dalam jumlah kes bunuh diri.

Beratus ribu perniagaan terpaksa gulung tikar, dan lebih sejuta rakyat Malaysia terkesan secara langsung apabila hilang sumber pendapatan.

Bantuan kerajaan tidak sampai kepada semua pihak, dan bantuan yang sampai tidak memadai untuk kelangsungan hidup semua keluarga bagi tempoh yang lama.

Inilah sebabnya kempen bendera putih disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia, dan sambutan ini petanda paling jelas rakyat makin terseksa disebabkan kegagalan berterusan kerajaan.

Apabila rakyat bersuara, pembangkang dituduh meracuni pemikiran rakyat. Tetapi pembangkang tidak pernah memaksa sesiapa memacak bendera putih atau menconteng #kerajaangagal merata-rata.

Inilah sikap PAS, yang lebih suka berburuk sangka terhadap rakyat dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap mereka yang terdesak dan memerlukan daripada menumpukan perhatian terhadap usaha membantu mereka ini.

5. Kerajaan zalim, kuku besi, berhati kering

PAS, UMNO dan PPBM berpolitik tak tentu hala, tetapi rakyat yang disuruh duduk di rumah dan kurang berpolitik.

Berpuluh-puluh pemimpin kerajaan terlepas hukuman ketika dan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah disebabkan pelanggaran SOP.

Tetapi rakyat terus dihukum kerana melanggar SOP, malah didenda jika tidak memakai pelitup muka dengan cara yang betul.

Muhyiddin terus-menerus menghalang sebarang usaha untuk menetukan keabsahan kerajaan pimpinannya, tetapi rakyat diugut jika terus mempertikai majoriti Muhyiddin.

Jumlah mereka yang bunuh diri disebabkan tidak cukup makan meningkat, tetapi mereka yang memacak bendera putih dituduh memainkan propaganda pembangkang.

Siapa yang tuduh?

PAS yang tuduh.

PAS sememangnya gagal bersama kerajaan.

WAJIB BACA:

Pelantikan Ismail Sabri: Apa yang Zahid cuba rahsiakan



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...